Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Wednesday 2 December 2015

Pokok Buah-buahan

Sebahagian daripada pokok yang ditanam semasa kempen 1 Warga 1 Pokok pada April 2013 telah mula 'belajar' berbuah. Penjagaan rapi dilakukan setiap beberapa bulan sekali dengan mengemburkan tanah pangkal pokok, membuang rumput, membaja dan mencantas dahan / ranting rosak. Diharapkan hasilnya dapat dirasai dalam beberapa musim akan datang. Diantara pokoknya ialah



Selain teknik penjagaan, kualiti tanah juga memainkan peranan penting dimana permukaan tanah kampus ini adalah pelbagai, terdapat kawasan yang banyak humus maka subur dan pokok cepat membesar sebaliknya ada tanah kuning  kemerahan adalah kurang subur.
  
Satu lagi faktor ialah jenis pokok, contohnya pokok duku-langsat /dukong memang sukar tumbuh subur membesar kerana cuaca khatulistiwa yang adakalanya panas kering berpanjangan dan musim hujan 'melampau' menjadikan pokok ini kurang sesuai. Oleh itu usaha bertanam wajar berterusan.

No comments:

Post a Comment