Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Tuesday 5 November 2013

MODEL-MODEL  BAHAN BANTU BELAJAR

Tahniah kepada para pelajar yang mengambil kursus Pendidikan Alam Sekitar kerana telah dapat menyediakan model-model 3D yang boleh digunakan sebagai bahan bantu p&p. Model-model tersebut ada disimpan di Makmal Fizik, kepada sesiapa yang berhajat meminjamnya boleh berhubung dengan Penyelaras Pendidikan Alam Sekitar IPTHO. Semoga model itu dapat dimunafaatkan bersama.











 
SEMINAR SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Seminar tersebut bertemakan Potensi Melestarikan IPGKTHO. Sebanyak 6 kumpulan pelajar PISMP Sains telah membuat  pembentangan hasil Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP/PBL) mereka pada 10 Oktober 2013 di Balai Ilmu IPTHO dengan bimbingan En. Tokiap selaku Penyelaras IPG Lestari KTHO. Di antara tajuk-tajuk PBL mereka ialah

Isu I - Rekabentuk, inovasi dan reka cipta -membina prototaip
Isu II - Pemuliharaan air, tanah, hutan dan hidupan liar
Isu III - Temaga dalam biosfera - rantai/siratan makanan & aliran tenaga
Isu IV - Kemampanan Sumber - tenaga boleh . tidak boleh diperbaharui
Isu V - Pencemaran Udara, Air, Bunyi & Radiasi - kesannya terhadap bumi & seisinya
Isu VI - Bahan tambah dalam makanan.

Pembelajaran berasaskan projek ini telah dapat mendedahkan para pelajar kepada isu-isu masakini yang perlu ditangani segera dengan menggunakan teknologi bagi membantu dan memastikan kesan buruk kepada kesihatan manusia dapat dikawal.

Semoga pengalaman dan kesedaran yang dialami dapat disebar-luaskan kepada masyarakat di luar.   






ppt....
"Charity Walk" Sempena Hari Osteoporosis Sedunia Tahun 2013

Program telah dianjurkan oleh Putera Specialist Hospital(Batu Pahat) Sdn. Bhd. bertempat di Dataran penggaram Batu Pahat pada 20 Oktober 2013.

Perasmian dan acara jalan kaki telah dilepaskan oleh Dato` Zulkurnain Hj Kamisan , EXCO Belia & Sukan Negeri Johor. Beberapa pensyarah, pelajar dan staf sokongan telah turut serta bersama keluarga masing-masing. Beberapa peserta daripada IPHKTHO telah bertuah memenangi hadiah cabutan bertuah, tahniah.

Pensyarah & Staf sokongan  menyertai RAS

Sebahagian besar para pensyarah dan staf sokongan IPGKTHO telah melengkapkan borang menyertai RAS yang diedarkan semasa Perhimpunan Bulanan pada 22 Oktober 2013 di Balai Ilmu. Borang-borang tersebut telah diserahkan sendiri oleh Penyelaras IPG Lestari KTHO atas pentans kepada Menteri YB Palanival semasa perasmian penutupan sambutan MASM di Puterajaya pada 27 Oktober 2013 di Puterajaya.
KAJIAN TAHAP KESEDARAN AWAM

Penyelaras IPG Lestari KTHO telah menerima sijil penghargaan turut serta dalam Kajian Tahap Kesedaran Awam Dan ‘Tagline’ Mengenai Kitar Semula secara online mulai 1 Nov.2012 – 31 mac 2013 anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).

Hasil kejian tersebut akan digunapakai merangka polisi/dasar Alam Sekitar negara.


MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA (MASM)

Sambutan peringkat kebangsaan 2013 telah diadakan ditempat Parkir Kenderaan Awam, Presint4, Puterajaya bersebelahan Wisma Sumber Asli & Alam Sekitar. Hari kemuncak pada 27 Oktober 2013.

Penyelaras IPG Lestari hadir mewakili Tuan Pengarah,



Bergambar bersama Pegawai  dikios GEC.

 Menandatangani buku pelawat kios Jabatan Perhutanan, Puterajaya.
LAWATAN KE SWM & SAJ

Seramai 18 orang pelajar PISMP Sains bersama Pensyarah pengiring telah melawat ke Tapak Pelupusan Sanitari Seelong, Kulaijaya, Johor yang diurus-selia oleh pihak Sourthern Waste Management Sdn. Bhd.dan ke Logi Rawatan Air Seri Gading .

Sesi penerangan dikedua-dua lokasi telah mendedahkan kepada kami tentang pengurusan dan pemprosesan sisa dan bekalan air dengan terperinci dan kami dapat melihat sendiri kitaran proses yang dijalankan. Semoga pengalaman yang diperolehi dapat menerapkan kesedaran menyebar-luaskan dan mendidik generasi murid akan datang.






TAKLIMAT RAKAN ALAM SEKITAR 1 MALAYSIA

Penerangan RAS1M telah disampaikan oleh En. Mohamad Ridzuan, Pegawai Alam Sekitar Negeri Johor, Unit Pendidikan di Dewan Seri Budiman semasa acara Perhimpunan Mingguan Pelajar pada Isnin 30 September 2013 jam 8.30 hingga 9.30 pagi. Seluruh warga pelajar hadir dan telah mengisi borang RAS yang diedarkan kemudian dikumpul dan disampaikan kepada En.Mohamad Ridzuan untuk didaftarkan.




LARIAN HIJAU (GREEN RUN)

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor bertempat di Hutan Lipur/Reakreasi Gunung Belumut, Kluang pada 21 September 2013. Seramai 35 orang pelajar IPTHO terlibat dalam mengendalikannya sebagai pegawai pendaftaran, kordinator senamrobik, pegawai acara larian dan sebagainya.

Penyelaras IPG Lestari turut hadir mewakili Tuan Pengarah dan pengiring kepada pelajar yang terlibat,
pelbagai program lain turut diadakan.














KURSUS MEMBUAT BAJA BOKASi

Kursus/Bengkel  ini dibimbing oleh En. Omar dan rakannya daripada Pejabat Pertanian Batu Pahat pada 12 september 2013 bertempat di makmal Biologi  Jabatan Sains. Seramai 37 peserta terdiri daripada para pensyarah, staf sokongan dan pelajar.


ANUGERAH KEPIMPINAN LESTARI DAN ANUGERAH MENTOR LESTARI

Kedua-dua anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Reaktor IPGM, Dr. Mohd Amin di Dewan Seri Budiman sempena  Hari Inovasi dan Kualiti IPTHO 2013 kelolaan Jabatan PIPK pada 21 Ogos 2013.
Tahniah kepada pemenang, teruskan usaha anda.
AUDIT HIJAU  Pertengahan 2013.

Pemantauan dan audit hijau telah dilaksanakan dengan kerjasama beberapa kumpulan pelajar dalam mengemaskini data berkaitan kadar penggunaan bekalan air dan tenaga elektrik oleh warga IPTHO.
Audit penggunaan air dan tenaga elektrik adalah berdasarkan bil-bil yang telah dibayar,



Majlis Perasmian Program "SELAMATKAN BUMI KITA"

Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat negeri Johor 2013
anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor bersama agensi rakan "Smart Partnership"
di AEON, Tebrau City Johor Bahru, Johor pada Sabtu 29 Jun 2013.

IPGKTHO diwakili oleh Tuan Timbalan Pengarah dan Penyelaras IPG Lestari.
Di antara aktivitinya ialah pelancaran, debat antara sekolah-sekolah rendah dan menengah,
menandatangani memorundum, persembahan murid sekolah dan menengah. Turut serta dalam
pameran adalah IPGK Temenggong Ibrahim JB.


MUSUH DALAM TANAH

Badannya kecil sangat sebesar semut dan lembut berprotein bersembunyi dalam tanah, bebas bergerak dalam tanah mencari juadah, kelekaan kita adalah kesempatan yang terbaik baginya, pokok besar boleh tumbang mati, bangunan tinggi boleh roboh menyembah bumi, itulah sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran PENCIPTA,






TANAM  POKOK BUAH-BUAHAN

Kempen 1 Warga 1 Pokok diteruskan oleh Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Unit dan warga setiap jabatan & unit. Penanaman pokok diteruskan sepanjang bulan April-Mei- Jun


Pokok adalah sumbangan Jabatan Landskap Negeri Johor dan perseorangan sempena Hari IPTHO
Pokok yang ditanam terdiri daripada,

  1. 6 pokok manggis – tanam diantara Bilik Pensyarah dengan perpustakaan
  2. 6 pokok rambutan –tanam keliling Balai Ilmu
  3. 6 pokok ciku – laluan ke perpustakaan & JTP
  4. 6 pokok pulasan – laluan dari JTP ke kantin
  5. 6 pokok sentol – diantara Blok Bestari dengan Balai Ilmu
  6. 6 pokok dukong – ditepi Blok Bestari belakang
  7. 6 pokok langsat – tepi gimnusium & laluan ke JKS
  8. 4 pokok mangga lama & 2 pokok mangga yang baru  – ditepi hujung bangunan Makmal Sains menghadap ke gimnusium,
  9. 14 pokok mangga (3 jenis) di atas dataran bukit ditepian kantin berdekatan LDP.
  10. Pelbagai pokok – mahkota dewa(2), tongkat Ali(2), cengkik, belinjau, kayu manis (2), semabu, limau purut, belimbing buloh, kari, delima, durian belanda, cempedak dan bebuas – ditanam diantara Makmal sains dengan Blok LDP.  
  11. Pokok cempedak -rambutan-pulasan -durian belanda dipenghujung bangunan JKS. Ini adalah sebagian pokok yang akan ditanam...