Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Wednesday 2 December 2015

Cabaran Menanam Pokok Persekitaran Kampus


Benih pokok yang ditanam bersaing mendapatkan baja semulajadi dan persekitaran medium pengudaraan, maka penjagaan yang lebih rapi kerap dan berkala amat diperlukan, usaha membuang rumput di sekeliling pangkal pokok,  mengemburkan tanah dan memberi baja tambahan menjadi usaha penting. Jika kerja-kerja ini tidak diambil tindakan maka pokok pasti akan menjadi 'hidup segan mati tak mahu'.

Usaha ini menjadi serius dan sangat dituntut apabila kerja-kerja potong rumput sekitaran setiap bulan yang menggunakan mesin potong rumput tidak prihatin atau 'sayangkan pokok'. Dimana telah terbukti  sepohon benih pokok manggis dan 2 pohon  rambutan telah mati kerana lambat dikesan untuk bertindak, lantaran itu anak-anak pokok lain yang sedang membesar perlu dilindungi. Inilah usaha kita...

  

No comments:

Post a Comment