Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Friday 27 June 2014

Lawatan ke Korea Selatan

Pada 5-12 Jun 2014 yang lalu beberapa orang pensyarah IPGKTHO telah mengadakan lawatan di atas  dengan tujuan menimba pengalaman dan mencari sesuatu yang Tuhan turunkan di sana yang boleh dijadikan contoh tauladan. Negaranya bersih, sungainya jernih, hutannya hijau tiada yang gondol dan penduduknya rajin bercucuk tanam disepanjang kiri dan kanan lebuhraya. Sawah padi dan pelbagai sayuran ditanam secara intensif.














Kesinambungan Program 1 Warga 1 Pokok

Tuan Timbalan Pengarah dan beberapa orang pensyarah bersama pekerja kontrak pembersihan telah membersihkan kawasan di kiri laluan gajah menyusur dari bilik rehat pensyarah  ke arah perpustakaan dan terus ke kantin pada pertengahan bulan Mei 2014.

Sebanyak 30 pohon pokok palma saiz sederhana telah dapat ditanam bagi menambahkan keceriaan kawasan tersebut secara seragam. Tahniah Tuan Timbalan.


Kursus Asas Keselamatan dan Kesihatan Pekerjan

Pada 17 April 2014, pihak JK IPG Lestari KTHO telah dapat melaksanakan kursus di atas bertempat di Bilik LDP 1 mulai jam 8.00 pagi 2.00 petang. Seramai 27 orang pensyarah dan staf sokongan telah menyertai kursus ini. Fasilitatornya adalah Pensyarah dari Kolej Komuniti Batu Pahat.

Kursus ini bertujuan memberi input  kepada sebahagian warga IPGKTHO bagi tujuan ke arah penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan berdasarkan pekeliling

UPTM 159/267/50 Klt 4 (46) bertarikh 20 Ogos 2004
ARAHAN PEMATUHAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 DAN PELAKSANAAN ARAHAN, PERATURAN, PROSEDUR DAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN DI JABATAN-JABATAN
KERAJAAN











Hargai Sumber Air Dan Tenaga


SURAT PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2014
GARIS PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN TENAGA DI PEJABT DAN PREMIS KERAJAAN
http://www.jpm.gov.my/userfiles/file/SPA%202-2014.pdf

telah diterangkan kepada semua pensyarah dan staf sokongan semasa perhimpunn khas pada 9 Februari 2014 oleh Puan Pegarah Hjh Zaleha binti Onn, beliau turut menegaskan bahawa beberapa langkah akan diambil diperingkat pengurusan dan pentadbiran bagi melaksanakan arahan ini. Seluruh warga dikehendaki merujuk kepada pekeliling di atas dan mengambil tindakan sewajarnya.

Penerangan kepada pelatih telah dilksanakan pada 16 Februari 2014 semasa Perhimpunan Pelajar bersama Pengarah di Dewan Seri Budiman. Pelatih diingatkan agar belajar berjimat sumber air dan tenaga elektrik sepanjang berada diasrama IPGKTHO.

Pemantapn Pemetaan Kurikulum

Didalam perhimpunan bulanan bil. 1/2014,
para pensyarah diingatkan agar membuat pemetaan setiap kursus akademik dan kegitan kokurikulum yang dikendalikan dengan memasukkan 9 elemen IPG Lestari, kemudian membuat gabungjalin atau menyebatian kandungan kursus dengan mana-mana elemen lestari yang bersesuaian agar pelatih terbiasa dengan keperluan menyebar-luaskan misi dan visi IPG Lestari  - melahirkan masyarakat lestari.