Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Sunday 24 June 2012

Pokok Nangka Madu

Hari ini kita akan tanam 2 pohon pokok nangka madu berhampiran Blok Dinamik.
Pokok nangka daunnya banyak dan saiz sederhana besar, bila musim kering banyaklah daunnya berguguran, daripada satu aspek orang kata menyusahkan, daun mesti kerap dikemaskan kalau tidak masuk longkang, longkang sumbat ... daun kering bertaburan ke halaman jiran... jiran jeling marah ? namun begitu semasa hayatnya daun-daun itu telah berkhidmat menyerap gas karbon dioksida dan pada masa yang sama telah membekalkan gas oksigen untuk kita bernafas segar saban hari ... begitulah nasib sehelai daun ... jangan lupa daun mati tadi boleh menyumbang kembali kepada kompos... inilah yang dikatakan kitaran hayat... maka jadilah kita sebagai manusia semasa hidup dan setelah mati kelak ...

Wednesday 20 June 2012

Pemuliharaan Paya Bakau

Sekumpulan peserta PPG KTHO telah terlibat di dalam program tersebut di Tanjung Piai, Pontian, Johor.


Monday 18 June 2012

Lawatan ke Beijing


Pada cuti sekolah awal Jun 2012, dua orang pensyarah IPGKTHO telah membuat lawatan sambil belajar ke Negara Cina bagi menimba pengalaman di negeri orang. Mereka berkesempatan mengambil gambar sepohon pokok yang dikekalkan walaupun ianya tumbuh ditengah-tengah jalan. Ini bermakna pihak perbandaran sanggup mengekalkan pokok tersebut bagi mewujudkan keseimbangan dan keharmonian alam sekitar dengan penghuninya. Ini adalah satu contoh yang baik untuk diikuti, ok.



Perkhemahan Unit Beruniform KDC PC & Pra

Pada 8-10 Jun 2012 bertempat di Pantai Penyabung Endau Mersing seramai 106 orang guru pelatih KDPM-KDC  BC & Pra-sekolah telah mengikuti perkhemahan tersebut yang terdiri daripada unit PBSMM, KRS, Pengakap dan Pandu Puteri.

Selain daripada  menyampaian ilmu dan mengukuhan kemahiran unit beruniform masing-masing, mereka didedahkan kepada konsep IPG Lestari yang antara lain menekankan kepada menghargai, mengayangi dan berusaha memelihara alan sekitar. Semoga guru-guru ini menjadi pencetus masyarakat lestari diluar nanti.


Kursus Pendidikan Alam Sekitar DPLI 2012

Berikut sukatannya,

Pendidikan Alam Sekitar (Wajib)


Bil

Tajuk

Kandungan

Jam

1

Pengenalan Pendidikan Alam Sekitar


1.1.     Sejarah Perkembangan Pendidikan Alam Sekitar
·  Stockholm (1972)
·  Tbilisi (1977)
·  The Belgrade Charter (1975)
·  Laporan Kabinet Kerajaan Malaysia (1979)
·  Deklarasi Montreal (1987)
·  Deklarasi Langkawi (1989)
·  Malta (1991)
·  Agenda 21, Earth Summit Rio de Jenario (1992)
·  Pengisytiharan Dekad ESD (2005-2014) oleh PBB



2

2

Pengenalan Kepada Komponen Alam Sekitar


2.1   Komponen alam sekitar
·             Alam sekitar semula jadi
·             Alam sekitar buatan
·             Alam sekitar sosiobudaya

2.2    Ekologi
·  Konsep ekologi
·  Ekosistem
o                        Definisi ekosistem biotik dan abiotik
o                        Jenis-jenis ekosistem
o                        Konsep nic dan habitat
o                        Keseimbangan ekosistem
o                        Pemindahan tenaga dalam rantai makanan dan siratan makanan
o                        Kitar semula jadi seperti kitar nutrien, kitar karbon dan kitar hidrologi

2.3    Biodiversiti
·  Konsep biodiversiti
·  Elemen biodiversiti (flora dan fauna)
·  Kepentingan biodiversiti



2

3

Isu Alam Sekitar

3.1    Jenis Isu Alam Sekitar
·          Pertambahan penduduk
·          Pelupusan spesis flora dan fauna
·          Penebangan hutan
·          Penghapusan paya
·          Peningkatan gurun
·          Hakisan tanah
·          Pencemaran air, udara,bunyi dan darat
·          Penipisan ozon
·          Pemanasan bumi
·          Kekurangan bekalan sumber api,galian dan air
·          Pemendapan asid di permukaan bumi

3.2    Punca Isu  Alam Sekitar
·          Pertambahan penduduk
·          Penggunaan teknologi
·          Bencana alam
·          Politik dan peperangan
·          Budaya dan etika
·          Penguatkuasaan undang-undang

3.3    Impak Isu  Alam Sekitar
·          Kepupusan flora dan fauna
·          Kualiti hidup menurun
·          Degradasi alam dan sumber
Pengaruh negatif politik dan hubungan antarabangsa


6

4

Menangani isu alam sekitar di Malaysia

4.1      Perundangan Dan  Penguatkuasaan
·  Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
·  Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
·  Akta Perhutanan Negara 1984
·  Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972
·  Akta Perancangan Bandar dan Desa

4.2      Bukan Perundangan 
·  Dasar Alam Sekitar Negara 2002
·  Polisi Alam Sekitar Malaysia
·  Konvensyen antarabangsa ;
o          Deklarasi Langkawi 1989 
o          Agenda 21 (Persidangan Bumi) 1992
o          Kuala Lumpur Accord 1990 (Asean)

4.3    Pengurusan Risiko Bencana                    
·             Strategi Antarabangsa Bagi Mengurangkan Risiko  Bencana (Hyogo Framework For Action)
·             Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara (Arahan MKN No. 20)
·             Bencana Dan Risiko
·             Pengurangan Risiko Bencana (DRR)
o          Pelan Tindakan
o          Latihan Kecemasan Semasa Bencana
o          Kempen Kesedaran Keselamatan Dan Risiko Bencana
Koordinasi dengan agensi-agensi kecemasan seperti Bomba, Rakan Cop, MERCY


3

5

Pembangunan Lestari


5.1    Definisi dan Konsep Pembangunan lestari

5.2      Prinsip alam sekitar lestari dan pembangunan lestari
·  Agenda 21, Chapter 36 Rio de Janeiro (1992)
·  Deklarasi Langkawi (1989) 

5.3      Tujuan dan kepentingan pembangunan lestari
·  Kesejahteraan kehidupan yang berterusan
·  Peningkatan kualiti hidup manusia

5.4      Komponen dalam pembangunan lestari  
·  Masyarakat – kesaksamaan jantina (gender equality), kepelbagaian budaya (cultural diversity), kesihatan seimbang (health promotion), hak asasi manusia dan keadilan sosial, keamanan dan keselamatan manusia (peace and human security)
·  Persekitaran – pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar (air, perubahan iklim, biodiversiti), pencegahan bencana (disaster preventation)
·  Ekonomi – pembangunan bandar baru yang terancang, pembandaran lestari (sustainable urbanization), pembangunan luar bandar (rural development)
·  Budaya – amalan gaya hidup, kepenggunaan lestari (sustainable consumption)

5.5      Peranan dan tanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
·  Organisasi Kerajaan ;
·  Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) ;
·  Organisasi Korporat ;
·  Penglibatan Individu dan Komuniti ;



4

6

Warga Alam Sekitar

6.1    Konsep dan ciri-ciri warga alam sekitar
6.2    Gaya Hidup Lestari
·             Pengetahuan, Kesedaran, Sikap dan Amalan Gaya Hidup Lestari di tempat tinggal, tempat awam dan tempat kerja
·             Penggunaan teknologi hibrid dan solar yang bijak

6.3      Pelaksanaan aktiviti gaya hidup lestari
·  Kempen cinta alam sekitar / Hari Bumi
·  Konsep 5R (Recycle, Reuse, Repair, Reduce, Rethink)
·  Gotong royong membersihkan kawasan institut, kampung, sungai dan pantai
·  Penglibatan / keahlian persatuan / berdasarkan alam sekitar (Persatuan Alam Sekitar/ Rakan Alam Sekitar)
·  Kolaborasi bersama agensi kerajaan, NGO dan komuniti



3

7

Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum

7.1      Matlamat dan objektif Pendidikan Alam Sekitar di sekolah

7.2    Konsep Pendekatan Sekolah Secara  Menyeluruh (Whole School Approach)

7.3      Pendekatan Pendidikan Alam Sekitar
·             Tentang Alam Sekitar (education about environment)
·             Dalam Alam Sekitar (education in or through environment)
·             Untuk Alam Sekitar (education for environment)
7.4   16 Nilai murni alam sekitar
·                            Prinsip rendah diri
·                            Prinsip kerjasama
·                            Prinsip menghormati alam/ bumi
·                            Prinsip kehidupan seimbang
·                            Prinsip mementingkan kemapanan ekosistem
·                            Prinsip mengekalkan hidupan liar dan keperbagaian hidup
·                            Prinsip kerosakan minima
·                            Prinsip kesederhanaan
·                            Prinsip mencintai persekitaran
·                            Prinsip perubahan berterusan
·                            Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanya
·                            Prinsip mengiktiraf hak mereka yang belum lahir
·                            Prinsip tanggungjawab setiap individu
·                            Prinsip etika melebihi hukum
·                            Prinsip mengalami dan menghayati sendiri adalah paling baik
·                            Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem

7.5      Strategi Pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar melalui
·                Pengajaran dan pembelajaran ;
·                Aktiviti kokurikulum
·  Sumber pengajaran dan pembelajaran :
·  Program Penghijauan



6

8

Institusi Lestari


8.1     Konsep dan Tujuan Institut Lestari

8.2     Strategi Pelaksanaan Institut Lestari

8.3     Audit hijau
·  Merancang tempat audit hijau di mana-mana institusi pendidikan;
·  Memilih kriteria dan skop pengauditan
·  Melaksanakan audit hijau
·  Analisis data dan pelaporan

8.6     Tindakan susulan

8.7     Refleksi



4



Jumlah


30


Tanam Pokok Teman Setia Ku

Jawatankuasa IPG Lestari sedang berusaha menambah tanaman pokok dipersekitaran kampus secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan, dengan tujuan
i. Mendapatkan hasilnya dalam jangka panjang - buah nangka, durian belanda, kayu manis, lada hitam dsb.
ii. Menambahkan 'kanopi' kampus kerana pokok boleh menjadi teduhan, dapat menyerap bahan cemar, mengurangkan akibat daripada pergerakan angin kencang, menyejukkan mata memandang, menenangkan fikiran, menyerap kebisingan, menyerap hentakan dsb.
ii. Pokok menyejukkan persekitaran apabila ia melakukan transpirasi dan membekalkan oksigen apabila ia melakukan proses fotosintesis.