Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Monday 14 December 2015

Audit Hijau

Audit hijau persekitaran kampus telah bermula bulan oktober yang lalu hingga kini.

Diantara terma yang diberi fokus utama termasuklah,

1. Keseimbangan flora dengan fauna khasnya warga kampus.

 Adakah bilangan flora telah bertambah atau berkurangan.
Apakah spesis pokok yang bertambah dan apakah spesis pokok yang berkurangan, dan yang paling penting tetapi sukar dijawap adalah, adakah flora yang ada masakini dapat menampung keperluan faunanya. Bagaimanakah hubungan diantara flora dan fauna terjalin.

POKOK sangat diperlukan untuk kesinambungan kehidupan. Pokok sentiasa membekalkan oksigen untuk kita bernafas. Kita tidak pernah rasa kekurangan gas ini kerana itu kita dapat bernafas dengan berterusan sehingga kita lupa dan alpa bahawa oksigen yang kita sedut masuk ke rongga paru-paru seterusnya ke dalam darah diperolehi secara percuma-cuma. Kita 'gagal' untuk menghayati dan menghargai kurniaan ini.

POKOK juga berpeluh membebaskan wap-wap air yang menjadikan persekitaran lembah dan sejuk. Kita sukakan persekitaran yang nyaman tetapi kita lupa untuk menyumbang kepada ke-nyamanan itu. Suhu dunia yang semakin panas dan sering disebut global warming hanya dapat diatasi dengan berkesan melalui aktiviti menanam lebih banyak pokok.

POKOK secara tidak nyata telah berperanan menyerap elemen pencemaran, kebisingan, hentakan atau gegaran, tiupan angin kencang, teduhan daripada terik cahaya matahari malah sebagai kanopi yang menyambut titisan-titisan jatuhnya air hujan agar dapat dikurangan kesan tekanan dan dilambatkan kelajutan aliran air permukaan. Bayangkan kesan tekanan apabila titisan hujan yang bergerak daripada tempat setinggi hampir 10,000 kaki jatuh kepermukaan bumi jika tidak ditadah oleh rimbunan daun-daun pokok. Pernahkah rasa sakitnya apabila terkena air hujan diraut muka kita.

Kita sering dengan kejadian banjir kilat. Apakah punca utamanya. Air larian permukaan yang laju dan banyak dengan cepat berkumpul disatu-satu kawasan. Kenapa laju dan banyak, sebab kekurangan pokok, pokok yang berfungsi menampung dan menahan sejumlah besar kuantiti air oleh daun-daun, ranting dan dahan untuk seketika sebelum air itu menuruni pokok. Semakin besar pokok dan banyak pokok maka peranan ini dapat dimainkan dengan cekap, sekurang-kurangnya air atas pokok boleh menunggu turun sementara itu air permukaan bergerak mengikut gilirannya. Itulah ketentuan Tuhan yang kita tidak dapat lihat.

Banjir kilat juga disebabkan saliran kurang baik. Tuhan jadikan sifat air itu mengalir daripada tempat tekanan tinggi ketempat tekanan rendah (sifat ini menjadi satu nikmat kepada penghuni bumi - jika tiada ini, cuba fikirkan?), aliran ini tidak boleh dihalang, jika dihalang air akan menyerap dan menyusup ke dalam tanah bumi, banir kilat bertukar kepada tanah runtuh atau struktur tanah longgar kerana air bertakung. Oleh itu air mestilah dibuatkan 'jalan' yang bersesuaian mengikut arah aliran, saiz besar/kecil, kedalaman, bentuk longkang/paritnya V atau U atau kombinasi, jaraknya, destinasinya bersesuain dengan musim, cuaca, jumlah kutipan hujan setahun dsb. Kita sering memikirkan untung besar sehingga semua atau sebahagian besar permukaan tanah taman/kediaman/perbandaran disimen atau ditampal tar/aspal sehingga menafikan hak air untuk meresap ke dalam tanah. Maka hadapilah banjir walaupun hanya se'kilat' lalu.

Ada banyak lagi tentang sifat air kurniaan Tuhan ini yang perlu kita ketahui supaya kita menghargai dan mensyukurinya, termasuklah hubungan diantara air dan tanah... ok tunggu ya...

    

Monday 7 December 2015

MASM Negeri Johor 2015

Pada 5 Nov. 2015 pensyarah kita berpeluang menghadiri sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Negeri Johor yang diadakan di UTM Skudai. Semoga kehadiran tersebut dapat membuahkan idea yang positif untuk dikongsi bersama.

Wednesday 2 December 2015

Pengasingan Sisa di Punca

Mulai September 2015 kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang yang mengkehendaki isi rumah mengasingkan sisa pepejal kepada logam/tin, segala macam kertas, pelbagai bentuk plastik dan bahan sisa makanan yang boleh dijadikan baja kompos. Mulai Jun 2016 sesiapa isi rumah yang didapati tidak mematuhi akta ini akan dikenakan denda/saman. Ini adalah sebahagian daripada usaha pendidikan melalui undang-undang setelah kempen sekian lama kurang sambutan. Sama-samaah kita jayakan,




GreenMan

Matthias Gelber menyarankan beberapa panduan untuk amalan mesra alam. Dapatkan bukunya atau cuba layai webnya untuk perkongsian lebih lanjut.

Eco-Institut Program

Pada Disember 2014 pensyarah JSM selaku urusetia IPG Lestari iaitu Dr. Zul telah berpeluang mengikuti program di atas. Program tersebut merangkumi pembentangan aktiviti, perkongsian pengalaman pelaksanaan Lestari, bengkel permurnian bahan dan lawatan lapangan ke beberapa tempat berkaitan pengurusan lestari. Bahan program telah dimuatnaik dalam Buletin Eco-Institut. Sebahagiannya seperti berikut,

Cabaran Menanam Pokok Persekitaran Kampus


Benih pokok yang ditanam bersaing mendapatkan baja semulajadi dan persekitaran medium pengudaraan, maka penjagaan yang lebih rapi kerap dan berkala amat diperlukan, usaha membuang rumput di sekeliling pangkal pokok,  mengemburkan tanah dan memberi baja tambahan menjadi usaha penting. Jika kerja-kerja ini tidak diambil tindakan maka pokok pasti akan menjadi 'hidup segan mati tak mahu'.

Usaha ini menjadi serius dan sangat dituntut apabila kerja-kerja potong rumput sekitaran setiap bulan yang menggunakan mesin potong rumput tidak prihatin atau 'sayangkan pokok'. Dimana telah terbukti  sepohon benih pokok manggis dan 2 pohon  rambutan telah mati kerana lambat dikesan untuk bertindak, lantaran itu anak-anak pokok lain yang sedang membesar perlu dilindungi. Inilah usaha kita...

  

Pokok Buah-buahan

Sebahagian daripada pokok yang ditanam semasa kempen 1 Warga 1 Pokok pada April 2013 telah mula 'belajar' berbuah. Penjagaan rapi dilakukan setiap beberapa bulan sekali dengan mengemburkan tanah pangkal pokok, membuang rumput, membaja dan mencantas dahan / ranting rosak. Diharapkan hasilnya dapat dirasai dalam beberapa musim akan datang. Diantara pokoknya ialah



Selain teknik penjagaan, kualiti tanah juga memainkan peranan penting dimana permukaan tanah kampus ini adalah pelbagai, terdapat kawasan yang banyak humus maka subur dan pokok cepat membesar sebaliknya ada tanah kuning  kemerahan adalah kurang subur.
  
Satu lagi faktor ialah jenis pokok, contohnya pokok duku-langsat /dukong memang sukar tumbuh subur membesar kerana cuaca khatulistiwa yang adakalanya panas kering berpanjangan dan musim hujan 'melampau' menjadikan pokok ini kurang sesuai. Oleh itu usaha bertanam wajar berterusan.

Tuesday 1 December 2015

Johor Bersih Dan Lestari

Program Johor Bersih Dan Lestari Daerah Batu Pahat telah dilancarkan pada 19 April 2015 di Taman Seri Sulong. Jawatankuasa Lestari telah turut serta menghadiri pelancaran tersebut. Gimik pelancaran adalah aktiviti menanam pokok. Semoga pokok itu kelak memberi manfaat bersama.

 

KKL 2015 di UKM

Penyelaras Lestari telah berkesempatan mengikuti konvensen Kampus Lestari 2015 di UKM Bangi pada penghujung April, banyak kertas kajian telah dibentangkan dalam KKL 2015 ini yang dapat dikongsikan kepada peserta. Selain pembentangan,  hasilan inovasi amalan lestari turut dipamerkan. Banyak pengetahuan dan pengalaman untuk dibawa balik, antaranya


Green Building Index

Pada bulan Mac 2015 yang lalu seramai lebih 40 orang pensyarah IPGKTHO yang berkursus di Kings Green Hotel Melaka berpeluang menghayati suasana sebuah hotel yang telah memperolehi pengiktirafan GBI berdasarkan sistem pengurusan mesra alamnya. Apakah itu GBI? untuk mengetahuinya lebih lanjut bolehlah layari web berkaitan teknologi hijau yang sedang diusahakan oleh kerajaan kita.















The Green Man

Eksekutif Talk bersama Matthias Belber yang digelar The Green Man berkaitan Green Live di UTM telah memberi peluang dua pensyarah Sains turut menghadirinya.


Pembentangan Kajian Ekologi

Pensyarah JSM berkesempatan melawat Ho Chi Min Vietnam sempena pembentangan kajian berkaitan Ekologi oleh Dr Zulkefli pada akhir Ogos lalu. Beberapa elemen lestari boleh dijadikan contoh untuk Green Mentor. Di antaranya  termasuklah

1. Kulit telor dijadikan kraftangan yang bernilai tinggi dan dieksport kepasaran Malaysia.



2.  Tayar kenderaan dijadikan selipar yang mesra alam


3. Persekitaran bandar yang dipenuhi bukan sahaja bangunan konkrit tetapi juga deretan pokok-pokok yang jelas diurus dengan cekap dan konsep yang mantap.


Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat bersama.




Eco-School

Dua pelajar IPGKTHO akan mengikuti kursus/bengkel Green Mentor pada cuti sekolah Disember 2015 ini.


IPG Name
Kampus Tun Hussein Onn

IPG Address
Km. 7.75 Jalan Kluang
83500 Batu Pahat,
Johor
Lecturer’s Name
TOKIAP  BIN  TOKIMIN
NRIC / Passport No.

E-mail Address
tokiap@iptho.edu.my
Mobile Phone No.
013 7492317
                                                  
No
Green Mentor’s Name
NRIC / Passport No.
Gender (M/F)
1
 NURUL NADIA BINTI ABD RASHED 

F
2
 NURUL ADILA BINTI MOHAMAD 

F




RULES AND REGULATIONS
1. Accommodation, meals, activities, field trips and insurance coverage will be covered by the organizer. Green Mentor shall bear the travelling cost to attend the event.
2. Registration forms must be fully completed with declaration of indemnity signed before it is officially accepted. You will receive an email as confirmation for accepted applications. Contact us if you did not receive an email. All entries are on first come first serve basis.
3. The organizer, World Wide Fund For Nature (WWF-Malaysia), in partnership with Eijau Millennium Explorer, reserves the right to amend the rules and/or postpone or cancel the event.


 

 
DECLARATION OF INDEMNITY
We declare that the particulars stated herein are true and complete. We have read the rules and regulations governing this event and hereby agree to abide by it and ensure students attendance and participation in this event. We hereby indemnify the organizers and those connected with the organizers, against any injury, accident, death or loss or damage of property during this event.



IN THE EVENT OF EMERGENCY , PLEASE CONTACT:
Name:  Rousliluddin bin Ambia          Tel No.(H): 07-4101785
Tel No.(O):  07- 4323271                     Mobile No.:  0197161992


Lecturer’s
Name & Signature: TOKIAP BIN TOKIMIN

Date                     :  30 September 2015

IPG Stamp           :






Among things to bring:
personal toiletries, praying attires (for Muslims), poncho, long sleeves t-shirts, track bottoms, jacket, small
bag pack,  sports shoes, cap, torch light, insect repellent, personal medicine.


Send your registration form
by the 18th  October 2015 to:
WWF-Malaysia
Email: jkoh@wwf.org.my

Email subject:
[IESC 2015 GM Registration]




SEE YOU THERE!