Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Friday 5 April 2013

Garis Panduan Promat-A10


Garis Panduan Promat-A10 Untuk Warga Asrama

Ketua Blok bersama Ketua Aras/Tingkat dan warganya
adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dan menjayakan
Program Jimat Air Dan Jimat Tenaga (Promat-A10)
mengikut ketetapan yang berikut;
            
1.     Sentiasa mematuhi peraturan asrama dan peraturan lain yang berkaitan.
2.     Sentiasa berfikir dan bertindak ke arah penjimatan air dan tenaga.
3.     Menggunakan air dan tenaga elektrik secara berhemah
4.     Sediakan  pemetaan suis  di bilik-bilik air dan koridor asrama. Gunakan pemetaan suis ini ke arah penjimatan tenaga elektrik. 
5.     Tutup suis lampu, kipas dan semua peralatan apabila meninggalkan asrama.
6.     Utamakan pencahayaan matahari berbanding pencayahaan lampu.
7.     Laporkan segera kebocoran paip air kepada pihak pengurusan asrama
8.     Masukkan sebotol air (500ml) ke dalam setiap tangki curahan/’flush’ disemua bilik air untuk penjimatan air setiap kali ’flush’ ditarik keluar airnya.
9.     Kurangkan kekerapan curahan/’flushing’ dan elakkan curahan tidak perlu.
10. Tutup paip air ketika menggosok gigi atau gunakan air dalam bekas
11. Gunakan pancuran/’shower’ untuk mandi dan kurangkan masa mandian.
12. Tutup pancuran mandian ketika bersabun / bersyampu.
13. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
14. Menggunakan mesin basuh pakaian dengan muatan optimum.
15. Gunakan bahan cuci yang mesra alam untuk mengurangkan pencemaran.
16. Sediakan kain langsir, cadar dan sarung bantal yang berwarna cerah.
17. Hargai bekalan air dan tenaga yang diberi secara percuma ini dimana kos perbelanjaan setiap bulan adalah ditanggung oleh pihak institut/kerajaan.

Lawatan Ke Masjid Tanah Melaka

Pada 14 Mac 2013 yang lalu seramai 20 pelajar Sains dan 2 pensyarah pengiring berpeluang melawat Pusat Pemuliharaan Penyu Pantai Tanjung Bidara Masjid Tanah, pengunjung merasa tersentuh apabila melihat gambar-gambar dan rangka penyu yang menjadi mangsa kekejaman sebilangan warga dunia yang memperdagangkan malah menjadikan penyu sebagai hidangan lauk mereka. Lawatan ini dapat menanamkan kesedaran dan keinginan membantu usaha-usaha pemuliharaan penyu agar haiwan ini tidak terus mengalami kepupusan.

Pada sesi malam para pelajar dapat mempelajari bagaimana cara mengesan dan mengenali planet, bintang dan buruj diruang angkasaraya dan merasa takjub akan kebesaran Allah pencipta Maha Besar. Sesungguhnya apa jua kejadian yang ada dibumi dan dilangit adalah ciptaan Yang Maha Kuasa.

Mesyuarat AJK IPG Lestari IPGKTHO Kali Ke 1/2013

Mesyuarat ini telah diadakan bermula jam 2.30 petang Khamis 5 April 2013 di Bilik Mesyuarat A Pusat Sumber IPGKTHO yang dipengerusi oleh Puan Pengarah dan turut hadir adalah Tuan Timbalan Pengarah, 6 orang Pensyarah mewakili jabatan, 2 staf sokongan dan 4 orang wakil pelajar.

Perbincangan banyak berfokus kepada program jimat air & jimat tenaga (Promat-A10) dan program Hijaukan Bumi : 1 Warga 1Pokok yang akan dijadikan sebagai  elemen pertandingan Anugerah Lestari dimana setiap jabatan akademik dan unit pengurusan dikehendaki melaksanakan pengurusan lestari dibilik/bangunan  dan zon kawasan penanaman pokok yang ditentukan oleh JK IPG Lestari.

Bengkel Pembinaan Laman Mikro IPG Lestari

Bengkel anjuran WWF ini telah diadakan diDe Palma Hotel Kuala Selangor yang dihadiri oleh  wakil semua  27 IPGK dan IPGM selaku urusetia. IPGKTHO telah diwakili oleh En Tokiap Tokimin dan En Dzulkefli Daud.

Para peserta telah didedahkan kepada pengalaman melihat sendiri kelip-kelip diKg Kuantan, melawat agrotourism di Kg Sg Sireh Tg Karang Selangor dengan pengalaman menanam padi, menangkap belut, memancing ikan keli dan berkesempatan berkunjung ke rumah homestay Pak Abu yang rajin bercucuk tanam pelbagai tanaman campuran disekeliling rumahnya dan mengusahakan industri makanan ringan dirumah.




Semasa bengkel peserta telah membentangkan perkongsian pengalaman selaku penyelaras aktiviti IPG Lestari di ipg masing-masing. Sama-sama menjayakan laman maya edmodo untuk perkongsian bahan dan ditunjukajar untuk melengkapkan butiran didalam laman eco-institutes.

Pelancaran Kempen Hijaukan Bumi : 1 Warga 1 Pokok

Pelancaran kempen ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Zaleha bt Onn, Pengarah IPGKTHO pada 01 April  2013 diDewan Seri Budiman bersempena majlis Sambutan Hari Ulang Tahun IPGKTHO.

Semua pensyarah, staf sokongan dan semua pelajar dapat hadir menjayakan majlis sambutan ulangtahun dan pelancaran kempen ini. Sambutan diakhiri dengan gimik Puan Pengarah menanam sepohon pokok dukong ditepi bangunan pusat sumber ditepi laluan ke arah asrama pelajar.



Bengkel Pembuatan EM

Bengkel ini telah dilaksanakan pada 25 Februari bertempat diMakmal Biologi dimana  input disampaikan oleh  En Abdulah dengan kerjasama daripada SWM Ent.Sdn Bhd.. Seramai hampir 50 orang peserta telah turut hadir dalam bengkel yang mewakili para pensyarah, staf sokongan dan pelajar opsyen Sains PISMP.

Peserta dapat sama-sama menyediakan cecair enzim daripada sisa buah-buahan seperti nenas, pisang, lobak ,  limau dan sayuran yang dicampur dengan pekatan  EM, molas dan menggunakan air hujan,  dengan tunjuk-ajar daripada En Abdullah. Bahan tersebut disimpan didalam botol plastik untuk tempoh 3-4 bulan dalam pemeraman.


Pelancaran Promat-A10

Pada 21 Januari 2013, KJ HEP bersama Penyelaras IPG Lestari telah melancarkan program jimat air dan jimat tenaga bersama pelajar warga asrama di Dewan Seri Budiman. Sebelum pelancaran taklimat pendek berkaitan program ini telah disampaikan oleh En. Tokiap selaku Setiausaha JK IPG Lestari IPGKTHO.

Seramai 5 orang pelajar Ketua Blok telah menerima 15 set pamplet IPG Lestari dan Garis Panduan Promat-A10 pada saiz A4 siap berlaminet untuk ditampat ditempat bersesuaian bagi setiap 3 tingkat x 5 blok sebagai panduan dan peringatan kepada pelajar warga asrama dalam usaha berjimat sumber. Semua pelajar seramai hampir 700 orang telah menerima salinan Garis Panduan Promat-A10 sebagai panduan. KJ HEP memberi penekanan kepada perlunya guru pelatih berusaha menjayakan program ini secara bersama.



Pengukuhan Pemetaan Kurikulum/Kokurikulum



Perhimpunan Staf Kali 1/2013 pada Isnin 07 Januari telah dikelolakan oleh JSM, semasa sesi Perkongsian Profesional Penyelaras IPG Lestari telah memberi fokus kepada pengukuhan pemetaan kurikulum yang perlu dilaksanakan oleh para pensyarah dan penyebatian dalam pelaksanaan sisi P&P dalam kelas, lanjutan kepada pengenalan pada tahun lalu.

Pensyarah dan staf sokongan dibekalkan dengan edaran PrtSc yang mengandungi alamat web-web yang boleh dilayari untuk mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman mengenai kelestarian.