Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Thursday 27 October 2016

Cabaran Menjayakan 1 Warga 1Pokok

Cabaran pada peringkat pelaksanaan, ada yang 'kurang menyokong' dan 'buat tak endah',
tak apa, kita teruskan,
cabaran seterusnya adalah penjagaan pokok - antaranya pokok 'mabuk daun', serangan benak putih, kulat daun, akar berkulat serta tanah yang kurang sesuai kerana 'bukit dipotong',

      
      .

Wednesday 26 October 2016

SPAH

Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) telah lama ditinggalkan dek kemajuan dan pembangunan negara,

       



generasi hari ini, celik-celik dah ada bekalan air paip yang memudahkan dan telah masuk sehingga ke bilik air bersebelahan bilik tidur mereka,  malah ada yang tidak mengetahui apakah kepentingannya SPAH ini dalam menyumbang kepada bekalan air bersih setiap rumah dikampung-kampung suatu ketika dahulu,



hari ini, air hujan yang turun itu tidak dapat dihayati sebagai suatu RAHMAT yang sangat dinanti-nantikan, kecuali apabila musim kemarau mula berpanjangan, barulah sibuk nak solat hajat mintak hujan....

Alahai...anai-anai

Anai-anai adalah seranga yang kecil dan lembut je... picit dengan hujung jari je, pasti akan mati,
NAMUN begitu ciptaan Tuhan yang ini mempunyai kehebatannya tersendiri, segala macam kayu (selulos) akan musnah dimakannya, dalam diam dan tersembunyi, koloni ini melaksanakan fitrahnya sehinggakan sebiji rumah banglo yang tersergam indah boleh roboh tersungkur menyembah bumi, maka kenalilah dimana koloni ini berada dan ambil tindakan segera, jika tidak, ini contoh,

        

Tuesday 25 October 2016

Evolusi 5S ke EKSA

Go Green : program kitar semula dan kempen penjimatan sumber serta tenaga,



Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

EKSA adalah lanjutan daripada amalan 5S yang diperkenalkan bagi mengoptimumkan perkhidmatan awam dinegara kita. Baru-baru ini lawatan kerja ke Politeknik Mersing telah memperolehi pengalaman bagus yang boleh dikongsikan bersama,

Tugasan Projek Penjimatan Tenaga

Tenaga tidak boleh dibaharui (TTBB) seperti petroleum, arang batu dan gas asli semakin berkurangan jumlahnya didunia, oleh itu usaha-usaha kearah mengembangkan perolehan tenaga boleh diperbaharui (TBB) wajar dipupuk kepada para pelajar yang akan menjadi gerenasi masa hadapan.

Tugasan projek telah menghasilkan beberapa rekacipta,
i 'paper tray' solar seberguna,
ii kipas angin solar
iii LED solar
iv 'paper cuter' solar
v dapur solar,








Audit Hijau 2016

Pengauditan akan dilaksanakan mulai awal November ini meliputi,

* audit penggunaan air
* audit penggunaan tenaga
* audit penggunaan telekomunikasi
* audit persekitaran
* audit penggunaan stationari
* audit kurikulum dan kokurikulum,

Monday 5 September 2016

Larian Hijau Botanikal Antarabangsa

Larian bertempat di Taman Botani Negeri Johor di Seri Medan, Batu Pahat, Johor pada 1 Mei 2016.

Beberapa orang pensyarah dan pelajar telah bertindak sebagai Pegawai Pengelola dan sebahagian sebagai peserta, larian dibahagikan kepada 2 bahagian,

1. Fun Run sejauh 3 km mengelilingi kawasan Taman Botani,
2. Pertandingan Larian sejauh 13 km memasuki pekan Seri Medan dan sepanjang Pt. Terus dan kembali ke Bukit Taman Botani.

Pemandangan Taman Botani amat mengasikkan dengan persekitaran Tasik Utama dan beberapa tasik lain. Tasik Utama adalah peninggalan Lombong Bijih Besi zaman sebelum merdeka.

Musim Buah-buahan Kampus

Pokok buah-buahan yang ditanam melalui kempen 1 Warga 1 Pokok yang dilaksanakan permulaannya pada pertengahan 2012 dan 2013 telah mula membuahkan hasil, diantaranya

Pokok Mangga (mula berbuah sejak musim lepas pertengahan 2015),



Pokok Jambu - yang ditanam bersama guru-guru KEMAS-JPNIN sudah berbuah.











Pokok Pulasan - buahnya kurang cantik dan kering kerana cuaca panas berpanjangan semasa buah masih muda dan serangan benda 'benak putih'.





Rekacipta Jalur Gemilang Barangan Terbuang

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 29 pada Tahun 2016, setiap opsyen (3 orang) dikehendaki menghantar satu penyertaan mewakili kelas masing-masing. Hadiah disampaikan semasa Perhimpunan Kali Ke 9 2016 pada 5 September 2016 di Dewan Seri Budiman,

Hadiah Johan - menggunakan tutup botol & bahagian atas botol plastik, beg plastik kuning, kotak bekas telor dan akhbar lama yang digulong.


 Hadiah Naib Johan 




Tempat Ketiga


Audit Hijau 1-2016


Sesi Jun 2016
Para pelajar KDC melalui
Pendidikan Alam Sekitar

Konferen Eco Campuss Antarabangsa Kali ke 5 Pada 2016

Konferen akan diadakan di Sepilok, Sandakan

pada 10-17 Disember 2016

Peserta daripada IPGKTHO adalah


Lawatan Belajar ke Indonesia 25-28 Ogos 2016

Yang baik kita contohi,

1. Padang Awam Sintetik - buka kasut, pelbagai aktiviti bersama rakan dan keluarga, pelbagai lapisan masyarakat ibu-bapa bawa anak-anak bersama, warga dari seluruh Kepulauan Indonesia,

2. Persekitaran Bandar Bandung
- kiri dan kanan setiap jalan dipenuhi pokok-pokok besar  sebagai sebahagian daripada lanskap hidup menjadikan persekitaran bandar nyaman/sejuk, redup, indah pemandangan, udara segar banyak oksigen dan  kurang pencemaran.

3. Warganya kreatif berjaya menghasilkan pelbagai kraftangan untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Warganya rajin dan kreatif dalam berniaga mempengaruhi pelancong luar negara.