Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Wednesday 11 April 2012

ETP:Hala Tuju Malaysia


Bab 1: Dasar Model Ekonomi Baru

MENJADI SEBUAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI YANG INKLUSIF DAN MAMPAN
Matlamat Kerajaan adalah untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang
inklusif dan mampan menjelang 2020. Semua matlamat ini akan dicapai bersama. Kerajaan tidak akan
memajukan satu matlamat jangka pendek yang akan melewatkan kemajuan matlamat yang lain. ETP ini
direka untuk memacu Malaysia kehadapan daripada situasi ekonomi yang lembap kini kepada ekonomi
berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan .

Pertumbuhan Mampan
Langkah yang dilaksanakan untuk mencapai status berpendapatan tinggi perlu mampan dari segi ekonomi
dan alam sekitar serta memenuhi kehendak semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa hadapan.
Pertumbuhan ekonomi negara perlu dicapai tanpa menjejaskan sumber semula jadi Malaysia. Negara tidak akan mencapai status berpendapatan tinggi sekiranya pendapatannya hanya diperolehi daripada hasil
sumber semula jadi.
Selain itu, dasar fiskal Malaysia akan dijadikan mampan serta berfokus kepada pelaburan yang dipacu oleh
sektor swasta supaya tidak terlalu bergantung kepada pembiayaan Kerajaan. Seperti yang dinyatakan dalam
Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskalnya daripada
7 peratus pada 2009 kepada 3 peratus pada 2015.

Dari aspek alam sekitar, Kerajaan komited terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Kerajaan akan memastikan bahawa sumber alam sekitar dinilai sewajarnya dan kos penuh pembangunan difahami sebelum keputusan pelaburan dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment