Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Wednesday 11 April 2012

ETP: Hala Tuju Untuk Malaysia Bab.6


Bab 6: Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga

“Minyak, gas dan tenaga kini adalah pendorong utama untuk ekonomi yang moden. Di bawah
pentadbiran PETRONAS, industri minyak dan gas tempatan telah memainkan peranan
yang penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, setelah berdekad
pengeluaran minyak dan gas, sumber dalam negara akan berkurangan. Untuk bersiap sedia
menghadapi keadaan ini, kita akan memperkukuhkan aktiviti bernilai yang lain dalam rantaian
nilai minyak dan gas dan memastikan bahawa kami mempunyai platform tenaga yang mampan.
Untuk tujuan ini, Kerajaan akan membangunkan Malaysia untuk menjadi peneraju perkhidmatan
minyak dan gas di Asia, membangunkan peranan Malaysia sebagai pusat penyimpanan, logistik
dan perdagangan. Kami juga akan mengimpot LNG untuk memenuhi permintaan gas dan menarik
minat industri berasaskan gas yang baharu. Pada masa yang sama, untuk menjana masa depan
kami, kami akan memastikan bahawa Malaysia akan membangunkan tenaga yang efisyen,
dipelbagaikan dan mampan.”
YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

Ekonomi hijau bukan lagi satu khayalan. Hari ini, Kerajaan Malaysia mengambil langkah tegas
untuk memastikan masa hadapan tenaga kita adalah hijau, mampan dan pelbagai di mana
Malaysia dapat menggunakan tenaga dengan cara yang paling berkesan. Dengan memastikan
keberkesanan teknologi dalam kehidupan seharian kita (yang dijangka membawa kepada
penjimatan sebanyak RM14 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar pada tahun 2020), di samping
meneroka punca tenaga alternatif baru seperti nuklear, solar dan kuasa hidroelektrik, kita boleh
bekerja bersama-sama untuk memelihara persekitaran dan mencergaskan ekonomi Malaysia ke
arah negara maju menjelang tahun 2020”
YB Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

No comments:

Post a Comment