Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Monday 14 December 2015

Audit Hijau

Audit hijau persekitaran kampus telah bermula bulan oktober yang lalu hingga kini.

Diantara terma yang diberi fokus utama termasuklah,

1. Keseimbangan flora dengan fauna khasnya warga kampus.

 Adakah bilangan flora telah bertambah atau berkurangan.
Apakah spesis pokok yang bertambah dan apakah spesis pokok yang berkurangan, dan yang paling penting tetapi sukar dijawap adalah, adakah flora yang ada masakini dapat menampung keperluan faunanya. Bagaimanakah hubungan diantara flora dan fauna terjalin.

POKOK sangat diperlukan untuk kesinambungan kehidupan. Pokok sentiasa membekalkan oksigen untuk kita bernafas. Kita tidak pernah rasa kekurangan gas ini kerana itu kita dapat bernafas dengan berterusan sehingga kita lupa dan alpa bahawa oksigen yang kita sedut masuk ke rongga paru-paru seterusnya ke dalam darah diperolehi secara percuma-cuma. Kita 'gagal' untuk menghayati dan menghargai kurniaan ini.

POKOK juga berpeluh membebaskan wap-wap air yang menjadikan persekitaran lembah dan sejuk. Kita sukakan persekitaran yang nyaman tetapi kita lupa untuk menyumbang kepada ke-nyamanan itu. Suhu dunia yang semakin panas dan sering disebut global warming hanya dapat diatasi dengan berkesan melalui aktiviti menanam lebih banyak pokok.

POKOK secara tidak nyata telah berperanan menyerap elemen pencemaran, kebisingan, hentakan atau gegaran, tiupan angin kencang, teduhan daripada terik cahaya matahari malah sebagai kanopi yang menyambut titisan-titisan jatuhnya air hujan agar dapat dikurangan kesan tekanan dan dilambatkan kelajutan aliran air permukaan. Bayangkan kesan tekanan apabila titisan hujan yang bergerak daripada tempat setinggi hampir 10,000 kaki jatuh kepermukaan bumi jika tidak ditadah oleh rimbunan daun-daun pokok. Pernahkah rasa sakitnya apabila terkena air hujan diraut muka kita.

Kita sering dengan kejadian banjir kilat. Apakah punca utamanya. Air larian permukaan yang laju dan banyak dengan cepat berkumpul disatu-satu kawasan. Kenapa laju dan banyak, sebab kekurangan pokok, pokok yang berfungsi menampung dan menahan sejumlah besar kuantiti air oleh daun-daun, ranting dan dahan untuk seketika sebelum air itu menuruni pokok. Semakin besar pokok dan banyak pokok maka peranan ini dapat dimainkan dengan cekap, sekurang-kurangnya air atas pokok boleh menunggu turun sementara itu air permukaan bergerak mengikut gilirannya. Itulah ketentuan Tuhan yang kita tidak dapat lihat.

Banjir kilat juga disebabkan saliran kurang baik. Tuhan jadikan sifat air itu mengalir daripada tempat tekanan tinggi ketempat tekanan rendah (sifat ini menjadi satu nikmat kepada penghuni bumi - jika tiada ini, cuba fikirkan?), aliran ini tidak boleh dihalang, jika dihalang air akan menyerap dan menyusup ke dalam tanah bumi, banir kilat bertukar kepada tanah runtuh atau struktur tanah longgar kerana air bertakung. Oleh itu air mestilah dibuatkan 'jalan' yang bersesuaian mengikut arah aliran, saiz besar/kecil, kedalaman, bentuk longkang/paritnya V atau U atau kombinasi, jaraknya, destinasinya bersesuain dengan musim, cuaca, jumlah kutipan hujan setahun dsb. Kita sering memikirkan untung besar sehingga semua atau sebahagian besar permukaan tanah taman/kediaman/perbandaran disimen atau ditampal tar/aspal sehingga menafikan hak air untuk meresap ke dalam tanah. Maka hadapilah banjir walaupun hanya se'kilat' lalu.

Ada banyak lagi tentang sifat air kurniaan Tuhan ini yang perlu kita ketahui supaya kita menghargai dan mensyukurinya, termasuklah hubungan diantara air dan tanah... ok tunggu ya...

    

No comments:

Post a Comment