Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Saturday 4 August 2012

Mesyuarat AJK IPG Lestari Bil 2/2012

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 12 Julai 2012 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Pusat Sumber A dan telah dipengerusikan oleh Setiausaha JK IPG Lestari KTHO kerana Pengarah ,Timbalan Pengarah, KUKP dan PE sedang bermesyuarat dengan Pegawai IPGM.


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA IPG LESTARI
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT

Tarikh              : 12 Julai 2012 (Khamis)
Masa                : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat A, Pusat Sumber  KTHO

Kehadiran
1. En. Tokiap bin Tokimin                                             - Setiausaha
2. En. Zulkefli bin Daud                                                - Urusetia
3. Cik Rohana  Bt. Jantan (Setiausaha Akademik)         - Wakil Kurikulum
4. En. Muhammad Hazlin  Bin  Othman             - Wakil Staf Sokongan
5. En. Azlan Bin Lin                                                      - Wakil Jabatan IP
6. Cik  Lee Lin Tee                                                      - Wakil Jabatan Bahasa
7. En. Ibrahim  Bin  Yusof                                             - Wakil Jabatan Pengajian Melayu
8. Pn. Norzeha  Bt. Osman                                           - Wakil Jabatan KH
9. Tn. Hj. Ahmad Bin Arif                                             - Wakil Jabatan Sains & Matematik
10. Tn. Hj. Mohd Amin  Bin Simon                               - Wakil Jabatan TP
11. En. Ramachandran  a/l Vengrasalam                        - Wakil Jabatan PIPK
12.  Mohamad Faiz bin Damanhuri (YDP JPP) -  Wakil Pelajar
13.  Muhamad Sharizan bin Abd Razak                        - Wakil Pelajar

Tidak Hadir Bersebab
1. Pn Zaleha Bte Onn (Pengarah)
2. En Koh Kok Hwee (Tim Pengarah)
3. En. Mohd Yusof Bin Abdullah (KUKP)                    - Wakil Pengurusan
4. Pn. Rosmah bt. Hj. Ramli  (Peg. Eksekutif Kanan)    - Wakil Persekitaran
5. Cik Junaidah  Bt. Le`at                                             - Wakil Jabatan KS
6. Ustaz Khairul Anwar Bin Abu Bakar             - Wakil Jabatan Agama & Pend. Moral

Bil
Perkara
Catatan/ Tindakan
1
 Ucapan Pengerusi
1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada yang hadir.
2. Pengerusi menyampaikan salam Pengarah dan Timb. Pengarah supaya 
    mesyuarat dapat diteruskan. Pengarah, Timbalan Pengarah, KUKP dan   
    Pn. Rosman ada perbincangan dengan Pegawai IPGM.


2
Pengesahan Minit mesyuarat
En. Azlan Bin Lin mencadangkan minit diterima-sahkan dan disokong oleh Hj Amin Bin Simon


3
Perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit


4
Merancang Aktiviti/Program
Pelan tindakan pelaksanaan aktiviti IPG Lestari Kampus Tun Hussein Onn 2012 disertakan seperti dalam lampiran. Pengerusi juga menarik perhatian ahli mesyuarat berkenaan aktiviti lestari di institusi/jabatan lain seperti Juara Debat Alam Sekitar oleh UTHM dan penganjuran Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Johor seperti dilampirkan.

Aktiviti-aktiviti IPG Lestari peringkat KTHO yang akan dilaksanakan bermula Julai ini adalah seperti berikut;

1.Pemetaan/merentas/pautan kurikulum
   Melengkapkan jadual pemetaan dan hantar kepada penyelaras IPG Lestari    
    yang meliputi semua subjek, kemudian melaksanakan gabungjalin 9 tema
    merentas kurikulum. (contoh pemetaan kurikulum dilampiran).

2.Penjimatan air
   Pelajar DPLI akan melaksanakan tugasan kajian tema IPG Lestari termasuk
    air dengan menentukan bilangan tandas di kampus. Tindakan awal 
    penjimatan adalah dengan memasukkan sebotol penuh air 500 ml ke
   dalam setiap tangki flush.

3.Penghijauan pokok
   Kempen 1 warga 1 pokok akan dilaksanakan dengan bantuan Jabatan KH
    yang akan mengenalpasti jenis, saiz dan bilangan pokok mengikut zon-zon
    penanaman yang akan ditentukan kemudian.

4. Pertandingan seperti kuiz, debat, poster dan video pendek akan dilaksana-
     kan didalam program Karnival Lestari KTHO seperti cadangan
     En. Shukri (JPP) dengan kerjasama JPP.

5. Kempen berbasikal
    Kayuhan sihat sebagai amalan lestari akan dianjurkan bersama dengan
    pelajar DPLI melalui kursus Pendidikan Alam Sekitar (ASK2202W)

6. Papan kenyataan
    Penyebaran maklumat pendidikan alam sekitar akan bertambah lancar
    jika ada papan kenyataan bersaiz 4 X 8 kaki dan akan ditempatkan di Balsis

7. Sepanduk/bunting – sedang diusahakan oleh JPP.

8. Buletin akan diusahakan sekurang-kurangnya  2x sesemester.

Semua lapan aktiviti yang dirancang telah dipersetujui untuk dilaksanakan. 


5
Hal-hal Lain
Cik Junaidah Liet mencadangkan supaya AJK Lestari diberikan kursus khusus tentang alam sekitar

Dua orang pelajar, Mohammad Faiz dan Muhammad Shukri  telah dijemput untuk mengikuti bengkel alam sekitar anjuran NGO (Sahabat Alam Malaysia) di Minyak Beku, Batu Pahat pada hari Sabtu 14 Julai 2012

-
6
Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan menangguhkan mesyuarat jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,                                                                                  
Zulkafli bin Daud
Urusetia
IPG Lestari KTHO

No comments:

Post a Comment