Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Sunday 22 April 2012

Intipati Ucapan Pengarah


INTIPATI  UCAPAN  PENGARAH

Program IPG Lestari merupakan usaha sama antara IPGM dengan World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia untuk meningkatkan pengetahuan, menanam kesedaran dan mengamalkan gaya hidup lestari untuk semua warga IPG.

Visi  program ini iaitu IPG Pemangkin Masyarakat Lestari akan dapat dicapai dengan cara membudayakan empat tunjang utama  iaitu  pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan persekitaran dengan amalan-amalan lestari.

Terdapat 9 tema yang dijadikan fokus tindakan dan penyelidikan iaitu

1.      Sampah/ Sisa
2.      Air
3.      Tenaga
4.      Persekitaran Kampus
5.      Alam Semulajadi/Biodiverisiti
6.      Pengangkutan/ Mobiliti Lestari
7.      Gaya Hidup Sihat
8.      Local Agenda 21
9.      Perubahan Cuaca

Rangka tindakan pelestarian kampus adalah melibatkan kesemua warga kerana alam ini adalah milik bersama. Sekiranya sekitaran kampus bersih, menarik, ceria , selamat dan harmonis maka penghuninya juga akan turut merasakan nikmatnya dan begitulah sebaliknya jika persekitaran kotor, busuk, tidak ceria, tidak selamat maka yang mula merasakan kesannya adalah penghuni terdekat.

Selaras dengan itu pelancaran IPG Lestari ini adalah bertujuan

i.                    memaklumkan bahawa seluruh warga kampus terlibat dan bertanggungjawab untuk mejayakan program IPG Lestari ini.

ii.                  mengajak warga kampus beralih kepada amalan gaya hidup lestari yang mengutamakan penggunaan sumber secara berhemah.

iii.                memberi pendedahan awal dan menanamkan kesedaran selaras dengan visi program ini iaitu IPG Pemangkin Masyarakat Lestari

iv.                 Berkongsi pengetahuan berkaitan kerangka konsep IPG Lestari.


Diantara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah termasuk kampus tanpa polisterin/styrofoam, kampus bebas sampah/sisa (zero waste),  penggunaan motosikal dihadkan sebaliknya digalakkan berjalan kaki, penggunaan kertas dikedua-dua muka surat, penggunaan sumber secara berhemah, sistem tadahan air hujan, banyakkan menanam pokok, mengelakkan menebang pokok kecuali perlu dan banyak lagi,  kerana program ini adalah bersifat berterusan yang akhirnya diharapkan akan menjadi amalan gaya hidup hijau dengan tujuan menggurangkan kadar pelepasan sebatian karbón ke udara.

Kepada pihak kantin, cafetería dan syarikat pembersihan kita berharap dapat memberi kerjasama dan menyokong usaha-usaha menjayakan program ini

Keberkesanan tindakan-tindakan di atas boleh dijadikan sebagai bahan kajian. Kajian tersebut boleh dilaksanakan oleh pelajar atau pensyarah samada secara individu atau berkumpulan atau gabungan pelajar-pensyarah. Gabungan kesemua tindakan dan penyelidikan di atas akan dilaporkan pada setiap penghujung tahun kepada IPGM. Kolektif keseluruhan komitmen kampus perguruan merupakan sumbangan besar warga pendidik ke arah memelihara dan memulihara alam selaras dengan Dasar Hijau Negara.

Semoga visi menjadikan IPG Pemangkin Masyarakat Lestari benar-benar menjadi kenyataan dimana pengalaman dan kesedaran guru pelatih semasa dikampus dapat dikembangkan apabila memulakan kariea disekolah kelak.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment