Pengarah, Timbalan Pengaran bersama 3 orang pensyarah dan pelajar turut hadir dalam pelancaran tersebut
yang diadakan di IPG KTI JB pada 22 April 2012 yang baru lalu.
MISI : Mengamalkan budaya hijau dalam pengurusan,kurikulum, kokurikulum dan persekitaran demi mewujudkan kelestarian alam. ............. tokiap12@gmail.com
Featured post
Musuh Bawah Tanah
Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah
Sunday, 22 April 2012
Intipati Ucapan Pengarah
INTIPATI UCAPAN PENGARAH
Program IPG Lestari merupakan usaha sama antara IPGM
dengan World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia
untuk meningkatkan pengetahuan, menanam kesedaran dan mengamalkan gaya hidup lestari untuk
semua warga IPG.
Visi program ini iaitu IPG Pemangkin Masyarakat Lestari akan dapat dicapai dengan
cara membudayakan empat tunjang utama
iaitu pengurusan, kurikulum,
kokurikulum dan persekitaran dengan amalan-amalan lestari.
Terdapat 9 tema yang
dijadikan fokus tindakan dan penyelidikan iaitu
1.
Sampah/ Sisa
2.
Air
3.
Tenaga
4.
Persekitaran Kampus
5.
Alam Semulajadi/Biodiverisiti
6.
Pengangkutan/ Mobiliti Lestari
7.
Gaya Hidup Sihat
8.
Local Agenda 21
9.
Perubahan Cuaca
Rangka tindakan pelestarian
kampus adalah melibatkan kesemua warga kerana alam ini adalah milik bersama.
Sekiranya sekitaran kampus bersih, menarik, ceria , selamat dan harmonis maka
penghuninya juga akan turut merasakan nikmatnya dan begitulah sebaliknya jika
persekitaran kotor, busuk, tidak ceria, tidak selamat maka yang mula merasakan
kesannya adalah penghuni terdekat.
Selaras dengan itu pelancaran
IPG Lestari ini adalah bertujuan
i.
memaklumkan bahawa seluruh warga kampus terlibat dan bertanggungjawab
untuk mejayakan program IPG Lestari ini.
ii.
mengajak warga kampus beralih kepada amalan gaya hidup
lestari yang mengutamakan penggunaan sumber secara berhemah.
iii.
memberi pendedahan awal dan menanamkan kesedaran selaras
dengan visi program ini iaitu IPG Pemangkin Masyarakat Lestari
iv.
Berkongsi pengetahuan berkaitan kerangka konsep IPG Lestari.
Diantara aktiviti yang
akan dilaksanakan adalah termasuk kampus tanpa
polisterin/styrofoam, kampus bebas sampah/sisa (zero waste), penggunaan motosikal dihadkan sebaliknya
digalakkan berjalan kaki, penggunaan kertas dikedua-dua muka surat, penggunaan
sumber secara berhemah, sistem tadahan air hujan, banyakkan menanam pokok,
mengelakkan menebang pokok kecuali perlu dan banyak lagi, kerana program ini adalah bersifat berterusan
yang akhirnya diharapkan akan menjadi amalan gaya hidup hijau dengan tujuan
menggurangkan kadar pelepasan sebatian karbón ke udara.
Kepada pihak kantin,
cafetería dan syarikat pembersihan kita berharap dapat memberi kerjasama dan
menyokong usaha-usaha menjayakan program ini
Keberkesanan
tindakan-tindakan di atas boleh dijadikan sebagai bahan kajian. Kajian tersebut
boleh dilaksanakan oleh pelajar atau pensyarah samada secara individu atau
berkumpulan atau gabungan pelajar-pensyarah. Gabungan kesemua tindakan dan
penyelidikan di atas akan dilaporkan pada setiap penghujung tahun kepada IPGM.
Kolektif keseluruhan komitmen kampus perguruan merupakan sumbangan besar warga
pendidik ke arah memelihara dan memulihara alam selaras dengan Dasar Hijau
Negara.
Semoga visi menjadikan
IPG Pemangkin Masyarakat Lestari benar-benar menjadi kenyataan dimana
pengalaman dan kesedaran guru pelatih semasa dikampus dapat dikembangkan
apabila memulakan kariea disekolah kelak.
Sekian terima kasih.
Thursday, 19 April 2012
Pelancaran IPG Lestari KTHO
Berbanyak terima kasih kepada Puan Pengarah, KJ/KU, para pensyarah, staf sokongan dan seluruh pelajar yang sama-sama menjayakan majlis pelancaran di atas.
Terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa IPG Lestari KTHO di atas kesempurnaan majlis tersebut.
Terima kasih kepada barisan AJK JPP dan pelajar PPISMP Semester 2 RBT yang telah membuat persiapan rapi dan menjayakan sketsa yang membanggakan.
Thursday, 12 April 2012
Ikrar Alam Sekitar
Bahawa kami rakyat Malaysia
Berikrar
Akan sentiasa berusaha
Dengan penuh dedikasi dan
bertanggungjawab
Untuk mengekalkan dan
meningkatkan
Kualiti alam sekitar
Dengan memperseimbangkan
Pembangunan Negara
Dan melindungkan alam sekeliling kita
Berdasarkan konsep
Pembangunan berterusan
Selaras dengan Deklarasi Langkawi
Semoga negara
Sentiasa bersih, indah
Disayangi serta dihormati
Persiapan Majlis Pelancaran
1. Penyambut Tetamu & Buku program
2. P.A. sistem & CD lagu Negara-Ku & Lagu Bangsa Johor
3. Juruacara & Rostrum VIP
4. Backdrop & sepanduk
5. Pemimpin bacaan doa
6. LCD & monitor tetamu
7. Laptop & tayangan video/montaj
8. Persembahan sketsa alam sekitar
9. Teks Ucapan Pengarah
10. Bacaan Ikrar Alam Sekitar & senikata
11. Tanam Pokok & plak papan tanda
12. Hiasan bunga & kerusi-meja VIP, tetamu & peserta
13. Surat tetamu & pemakluman e-mail
14. Jurufoto & sesi bergambar untuk dokumentasi & pelaporan
15. Temubual & sidang media
16. Juruvideo untuk tayangan semula
17. Hebahan dalam laman web & blogspot.com
18. Jamuan
2. P.A. sistem & CD lagu Negara-Ku & Lagu Bangsa Johor
3. Juruacara & Rostrum VIP
4. Backdrop & sepanduk
5. Pemimpin bacaan doa
6. LCD & monitor tetamu
7. Laptop & tayangan video/montaj
8. Persembahan sketsa alam sekitar
9. Teks Ucapan Pengarah
10. Bacaan Ikrar Alam Sekitar & senikata
11. Tanam Pokok & plak papan tanda
12. Hiasan bunga & kerusi-meja VIP, tetamu & peserta
13. Surat tetamu & pemakluman e-mail
14. Jurufoto & sesi bergambar untuk dokumentasi & pelaporan
15. Temubual & sidang media
16. Juruvideo untuk tayangan semula
17. Hebahan dalam laman web & blogspot.com
18. Jamuan
Wednesday, 11 April 2012
ETP: Hala Tuju Untuk Malaysia Bab.6
Bab 6: Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga
“Minyak, gas dan tenaga kini adalah pendorong utama untuk
ekonomi yang moden. Di bawah
pentadbiran PETRONAS, industri minyak dan gas tempatan telah
memainkan peranan
yang penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Walau
bagaimanapun, setelah berdekad
pengeluaran minyak dan gas, sumber dalam negara akan
berkurangan. Untuk bersiap sedia
menghadapi keadaan ini, kita akan memperkukuhkan aktiviti
bernilai yang lain dalam rantaian
nilai minyak dan gas dan memastikan bahawa kami mempunyai
platform tenaga yang mampan.
Untuk tujuan ini, Kerajaan akan membangunkan Malaysia untuk
menjadi peneraju perkhidmatan
minyak dan gas di Asia, membangunkan peranan Malaysia sebagai
pusat penyimpanan, logistik
dan perdagangan. Kami juga akan mengimpot LNG untuk memenuhi
permintaan gas dan menarik
minat industri berasaskan gas yang baharu. Pada masa yang sama,
untuk menjana masa depan
kami, kami akan memastikan bahawa Malaysia akan membangunkan
tenaga yang efisyen,
dipelbagaikan dan mampan.”
YAB
Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
“Ekonomi hijau bukan lagi satu khayalan. Hari ini, Kerajaan
Malaysia mengambil langkah tegas
untuk memastikan masa hadapan tenaga kita adalah hijau, mampan
dan pelbagai di mana
Malaysia dapat menggunakan tenaga dengan cara yang paling
berkesan. Dengan memastikan
keberkesanan teknologi dalam kehidupan seharian kita (yang
dijangka membawa kepada
penjimatan sebanyak RM14 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar
pada tahun 2020), di samping
meneroka punca tenaga alternatif baru seperti nuklear, solar
dan kuasa hidroelektrik, kita boleh
bekerja bersama-sama untuk memelihara persekitaran dan
mencergaskan ekonomi Malaysia ke
arah negara maju menjelang tahun 2020”
YB
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
ETP:Hala Tuju Malaysia
Bab 1: Dasar Model Ekonomi Baru
MENJADI SEBUAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI YANG
INKLUSIF DAN MAMPAN
Matlamat
Kerajaan adalah untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan
tinggi yang
inklusif
dan mampan menjelang 2020. Semua matlamat ini akan dicapai bersama. Kerajaan
tidak akan
memajukan
satu matlamat jangka pendek yang akan melewatkan kemajuan matlamat yang lain.
ETP ini
direka
untuk memacu Malaysia kehadapan daripada situasi ekonomi yang lembap kini
kepada ekonomi
berpendapatan
tinggi yang inklusif dan mampan .
Pertumbuhan Mampan
Langkah
yang dilaksanakan untuk mencapai status berpendapatan tinggi perlu mampan dari
segi ekonomi
dan
alam sekitar serta memenuhi kehendak semasa tanpa menjejaskan keperluan
generasi masa hadapan.
Pertumbuhan
ekonomi negara perlu dicapai tanpa menjejaskan sumber semula jadi Malaysia.
Negara tidak akan
mencapai status berpendapatan tinggi sekiranya pendapatannya hanya diperolehi
daripada hasil
sumber
semula jadi.
Selain
itu, dasar fiskal Malaysia akan dijadikan mampan serta berfokus kepada
pelaburan yang dipacu oleh
sektor
swasta supaya tidak terlalu bergantung kepada pembiayaan Kerajaan. Seperti yang
dinyatakan dalam
Rancangan
Malaysia Kesepuluh, Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskalnya
daripada
7
peratus pada 2009 kepada 3 peratus pada 2015.
Dari
aspek alam sekitar, Kerajaan komited terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan
sumber yang tidak boleh
diperbaharui. Kerajaan akan memastikan bahawa sumber alam sekitar dinilai
sewajarnya dan kos penuh
pembangunan difahami sebelum keputusan pelaburan dilaksanakan.
Monday, 9 April 2012
Tinjauan Awal
Soal-selidik sebagai tinjauan awal berkaitan program IPG Lestari telah diedarkan kepada staf sokongan dan para pensyarah semasa Perhimpinan Bulanan Staf kali ke 4/2012. Terima kasih kepada semua yang telah memberi respon dan memulangkan kepada urusetia, Insyallah hasil analisisnya akan kita kongsikan bersama dalam masa terdekat ini. Tk.
Pelancaran 16 April 2012
Agenda Majlis Pelancaran,
7.45 pagi - pelajar mengambil tempat dalam Dewan Seri Budiman
- ketibaan Puan Pengarah diiringi Timbalan Pengarah dan KJ/KU
- lagu Negara-Ku & lagu IPGM
- bacaan doa
- tayangan video / montaj
- persembahan sketsa
- Ucapan Pelancaran oleh Puan Pengarah
- ikrar Alam Sekitar
- lagu Bangsa Johor
- gimik tanam pokok diluar dewan
- bersurai
7.45 pagi - pelajar mengambil tempat dalam Dewan Seri Budiman
- ketibaan Puan Pengarah diiringi Timbalan Pengarah dan KJ/KU
- lagu Negara-Ku & lagu IPGM
- bacaan doa
- tayangan video / montaj
- persembahan sketsa
- Ucapan Pelancaran oleh Puan Pengarah
- ikrar Alam Sekitar
- lagu Bangsa Johor
- gimik tanam pokok diluar dewan
- bersurai
Tuesday, 3 April 2012
Konsep Lestari
Berikut bahan perlu dibaca bersama, ( daripada Wikipedia)
Sustainability is the capacity to endure. For humans, sustainability is the long-term maintenance of well being, which has environmental, economic, and social dimensions, and encompasses the concept ofstewardship, the responsible management of resource use. In ecology, sustainability describes how biological systems remain diverse and productive over time, a necessary precondition for human well-being. Long-lived and healthy wetlands and forests are examples of sustainable biological systems.
Sustainability is the capacity to endure. For humans, sustainability is the long-term maintenance of well being, which has environmental, economic, and social dimensions, and encompasses the concept ofstewardship, the responsible management of resource use. In ecology, sustainability describes how biological systems remain diverse and productive over time, a necessary precondition for human well-being. Long-lived and healthy wetlands and forests are examples of sustainable biological systems.
Healthy ecosystems and
environments provide vital goods and services to humans and other organisms.
There are two major ways of managing human impact on ecosystem services. One approach is environmental management; this approach is
based largely on information gained from earth science, environmental science, and conservation biology. Another approach is
management of consumption of resources, which is based largely
on information gained fromeconomics.
Human sustainability interfaces
with economics through the social and ecological consequences of economic
activity. Moving towards sustainability is also a social challenge that
entails, among other factors, international and national law, urban planningand transport,
local and individual lifestyles and ethical consumerism. Ways of living more
sustainably can take many forms from reorganising living conditions (e.g., ecovillages, eco-municipalities and sustainable cities), to reappraising work
practices (e.g., using permaculture, green building, sustainable agriculture), or developing
new technologies that reduce the consumption of resources.
Subscribe to:
Posts (Atom)