INTIPATI UCAPAN PENGARAH
Program IPG Lestari merupakan usaha sama antara IPGM
dengan World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia
untuk meningkatkan pengetahuan, menanam kesedaran dan mengamalkan gaya hidup lestari untuk
semua warga IPG.
Visi program ini iaitu IPG Pemangkin Masyarakat Lestari akan dapat dicapai dengan
cara membudayakan empat tunjang utama
iaitu pengurusan, kurikulum,
kokurikulum dan persekitaran dengan amalan-amalan lestari.
Terdapat 9 tema yang
dijadikan fokus tindakan dan penyelidikan iaitu
1.
Sampah/ Sisa
2.
Air
3.
Tenaga
4.
Persekitaran Kampus
5.
Alam Semulajadi/Biodiverisiti
6.
Pengangkutan/ Mobiliti Lestari
7.
Gaya Hidup Sihat
8.
Local Agenda 21
9.
Perubahan Cuaca
Rangka tindakan pelestarian
kampus adalah melibatkan kesemua warga kerana alam ini adalah milik bersama.
Sekiranya sekitaran kampus bersih, menarik, ceria , selamat dan harmonis maka
penghuninya juga akan turut merasakan nikmatnya dan begitulah sebaliknya jika
persekitaran kotor, busuk, tidak ceria, tidak selamat maka yang mula merasakan
kesannya adalah penghuni terdekat.
Selaras dengan itu pelancaran
IPG Lestari ini adalah bertujuan
i.
memaklumkan bahawa seluruh warga kampus terlibat dan bertanggungjawab
untuk mejayakan program IPG Lestari ini.
ii.
mengajak warga kampus beralih kepada amalan gaya hidup
lestari yang mengutamakan penggunaan sumber secara berhemah.
iii.
memberi pendedahan awal dan menanamkan kesedaran selaras
dengan visi program ini iaitu IPG Pemangkin Masyarakat Lestari
iv.
Berkongsi pengetahuan berkaitan kerangka konsep IPG Lestari.
Diantara aktiviti yang
akan dilaksanakan adalah termasuk kampus tanpa
polisterin/styrofoam, kampus bebas sampah/sisa (zero waste), penggunaan motosikal dihadkan sebaliknya
digalakkan berjalan kaki, penggunaan kertas dikedua-dua muka surat, penggunaan
sumber secara berhemah, sistem tadahan air hujan, banyakkan menanam pokok,
mengelakkan menebang pokok kecuali perlu dan banyak lagi, kerana program ini adalah bersifat berterusan
yang akhirnya diharapkan akan menjadi amalan gaya hidup hijau dengan tujuan
menggurangkan kadar pelepasan sebatian karbón ke udara.
Kepada pihak kantin,
cafetería dan syarikat pembersihan kita berharap dapat memberi kerjasama dan
menyokong usaha-usaha menjayakan program ini
Keberkesanan
tindakan-tindakan di atas boleh dijadikan sebagai bahan kajian. Kajian tersebut
boleh dilaksanakan oleh pelajar atau pensyarah samada secara individu atau
berkumpulan atau gabungan pelajar-pensyarah. Gabungan kesemua tindakan dan
penyelidikan di atas akan dilaporkan pada setiap penghujung tahun kepada IPGM.
Kolektif keseluruhan komitmen kampus perguruan merupakan sumbangan besar warga
pendidik ke arah memelihara dan memulihara alam selaras dengan Dasar Hijau
Negara.
Semoga visi menjadikan
IPG Pemangkin Masyarakat Lestari benar-benar menjadi kenyataan dimana
pengalaman dan kesedaran guru pelatih semasa dikampus dapat dikembangkan
apabila memulakan kariea disekolah kelak.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment