Garis Panduan Promat-A10
Untuk Warga Asrama
Ketua Blok
bersama Ketua Aras/Tingkat dan warganya
adalah
bertanggungjawab untuk melaksanakan dan menjayakan
Program Jimat Air Dan Jimat Tenaga (Promat-A10)
mengikut
ketetapan yang berikut;
1.
Sentiasa mematuhi peraturan asrama dan peraturan lain
yang berkaitan.
2.
Sentiasa berfikir dan bertindak ke arah penjimatan air
dan tenaga.
3.
Menggunakan air dan tenaga elektrik secara berhemah
4. Sediakan pemetaan suis di bilik-bilik air dan koridor asrama. Gunakan
pemetaan suis ini ke arah penjimatan
tenaga elektrik.
5.
Tutup suis lampu, kipas dan semua peralatan apabila
meninggalkan asrama.
6.
Utamakan pencahayaan matahari berbanding pencayahaan
lampu.
7.
Laporkan segera kebocoran paip air kepada pihak
pengurusan asrama
8. Masukkan sebotol air (500ml) ke dalam setiap tangki
curahan/’flush’ disemua bilik air untuk penjimatan air setiap kali ’flush’ ditarik
keluar airnya.
9.
Kurangkan kekerapan curahan/’flushing’ dan elakkan
curahan tidak perlu.
10.
Tutup paip air ketika menggosok gigi atau gunakan air
dalam bekas
11.
Gunakan pancuran/’shower’ untuk mandi dan kurangkan masa
mandian.
12.
Tutup pancuran mandian ketika bersabun / bersyampu.
13.
Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air
terus menitis.
14.
Menggunakan mesin basuh pakaian dengan muatan optimum.
15.
Gunakan bahan cuci yang mesra alam untuk mengurangkan
pencemaran.
16.
Sediakan kain langsir, cadar dan sarung bantal yang
berwarna cerah.
17.
Hargai bekalan air dan tenaga yang diberi secara percuma
ini dimana kos perbelanjaan setiap bulan adalah ditanggung oleh pihak
institut/kerajaan.
No comments:
Post a Comment