Bengkel anjuran WWF ini telah diadakan diDe Palma Hotel Kuala Selangor yang dihadiri oleh wakil semua 27 IPGK dan IPGM selaku urusetia. IPGKTHO telah diwakili oleh En Tokiap Tokimin dan En Dzulkefli Daud.
Para peserta telah didedahkan kepada pengalaman melihat sendiri kelip-kelip diKg Kuantan, melawat agrotourism di Kg Sg Sireh Tg Karang Selangor dengan pengalaman menanam padi, menangkap belut, memancing ikan keli dan berkesempatan berkunjung ke rumah homestay Pak Abu yang rajin bercucuk tanam pelbagai tanaman campuran disekeliling rumahnya dan mengusahakan industri makanan ringan dirumah.
Semasa bengkel peserta telah membentangkan perkongsian pengalaman selaku penyelaras aktiviti IPG Lestari di ipg masing-masing. Sama-sama menjayakan laman maya edmodo untuk perkongsian bahan dan ditunjukajar untuk melengkapkan butiran didalam laman eco-institutes.
No comments:
Post a Comment