Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Thursday, 27 October 2016

Cabaran Menjayakan 1 Warga 1Pokok

Cabaran pada peringkat pelaksanaan, ada yang 'kurang menyokong' dan 'buat tak endah',
tak apa, kita teruskan,
cabaran seterusnya adalah penjagaan pokok - antaranya pokok 'mabuk daun', serangan benak putih, kulat daun, akar berkulat serta tanah yang kurang sesuai kerana 'bukit dipotong',

      
      .

Wednesday, 26 October 2016

SPAH

Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) telah lama ditinggalkan dek kemajuan dan pembangunan negara,

       



generasi hari ini, celik-celik dah ada bekalan air paip yang memudahkan dan telah masuk sehingga ke bilik air bersebelahan bilik tidur mereka,  malah ada yang tidak mengetahui apakah kepentingannya SPAH ini dalam menyumbang kepada bekalan air bersih setiap rumah dikampung-kampung suatu ketika dahulu,



hari ini, air hujan yang turun itu tidak dapat dihayati sebagai suatu RAHMAT yang sangat dinanti-nantikan, kecuali apabila musim kemarau mula berpanjangan, barulah sibuk nak solat hajat mintak hujan....

Alahai...anai-anai

Anai-anai adalah seranga yang kecil dan lembut je... picit dengan hujung jari je, pasti akan mati,
NAMUN begitu ciptaan Tuhan yang ini mempunyai kehebatannya tersendiri, segala macam kayu (selulos) akan musnah dimakannya, dalam diam dan tersembunyi, koloni ini melaksanakan fitrahnya sehinggakan sebiji rumah banglo yang tersergam indah boleh roboh tersungkur menyembah bumi, maka kenalilah dimana koloni ini berada dan ambil tindakan segera, jika tidak, ini contoh,

        

Tuesday, 25 October 2016

Evolusi 5S ke EKSA

Go Green : program kitar semula dan kempen penjimatan sumber serta tenaga,



Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

EKSA adalah lanjutan daripada amalan 5S yang diperkenalkan bagi mengoptimumkan perkhidmatan awam dinegara kita. Baru-baru ini lawatan kerja ke Politeknik Mersing telah memperolehi pengalaman bagus yang boleh dikongsikan bersama,

Tugasan Projek Penjimatan Tenaga

Tenaga tidak boleh dibaharui (TTBB) seperti petroleum, arang batu dan gas asli semakin berkurangan jumlahnya didunia, oleh itu usaha-usaha kearah mengembangkan perolehan tenaga boleh diperbaharui (TBB) wajar dipupuk kepada para pelajar yang akan menjadi gerenasi masa hadapan.

Tugasan projek telah menghasilkan beberapa rekacipta,
i 'paper tray' solar seberguna,
ii kipas angin solar
iii LED solar
iv 'paper cuter' solar
v dapur solar,








Audit Hijau 2016

Pengauditan akan dilaksanakan mulai awal November ini meliputi,

* audit penggunaan air
* audit penggunaan tenaga
* audit penggunaan telekomunikasi
* audit persekitaran
* audit penggunaan stationari
* audit kurikulum dan kokurikulum,