Telah dikenalpasti salah satu cara menangani masalah alam sekitar adalah dengan membangunkan teknologi mesra alam atau teknologi hijau. Konsep teknologi hijau kini telah digunakan dengan meluas dalam banyak sektor industri pembuatan, termasuklah pengeluaran kereta hibrid diantara elektrik (bateri) dan petrol.
Para pengguna baru digalakkan beralih kepada kereta hibrid dengan beberapa insentif menarik.
Salah seorang pensyarah IPG KTHO telah menyahut seruan beralih kepada kereta hibrid jenama PRIUS Toyota dalam usaha menyokong industri teknologi hijau,
MISI : Mengamalkan budaya hijau dalam pengurusan,kurikulum, kokurikulum dan persekitaran demi mewujudkan kelestarian alam. ............. tokiap12@gmail.com
Featured post
Musuh Bawah Tanah
Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah
Wednesday, 8 August 2012
Monday, 6 August 2012
Aktivis Alam Sekitar (ASAK)
Pada 14 Julai 2012 yang lalu , 2 orang pelajar IPG KTHO telah menghadiri Bengkel Asas Aktivis Alam sekitar 2012 anjuran Sahabat Alam Malaysia (SAM) bertempat di Tanjung Labuh/Minyak Beku Batu Pahat. Mereka telah didedahkan kepada pelbagai pengetahuan dan kemahiran bagi membina kesedaran dan semoga menjadi pencetus Masyarakat Lestari khususnya bermula daripada golongan remaja, insyallah...
Saturday, 4 August 2012
Kursus Pendidikan Biodiversiti
Seramai 21 orang pelajar PISMP Sains Semester 4 dan 9 pelajar Matematik dan TESL telah mengikuti kursus 3 hari 2 malam tersebut pada 6-8 Julai 2012 di Pusat Pendidikan Biodiversiti , Jemaluang, Mersing.
Mereka telah diiringi oleh 3 orang pensyarah Unit Sains & Pendidikan Alam Sekitar.
Mereka telah diiringi oleh 3 orang pensyarah Unit Sains & Pendidikan Alam Sekitar.
Diantara antiviti yang mereka ikuti termasuklah kembara tengah malam, pemerhatian burung & ungas, jelajah mengenali flora/pokok-pokok hutan, menjejaki haiwan melalui tabiat/tingalannya, orentaring dalam hutan mengikut 10 sstesyen, jejak sibuta menghayati alam dan ceramah mengenai fungi dan tanggungjawab jabatan Perhilitan, pemuliharaan burung kuang, projek pemindahan gajah oleh gajah denak dan pemeliharaan kawasan hutan di Malaysia.
Mesyuarat AJK IPG Lestari Bil 2/2012
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 12 Julai 2012 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Pusat Sumber A dan telah dipengerusikan oleh Setiausaha JK IPG Lestari KTHO kerana Pengarah ,Timbalan Pengarah, KUKP dan PE sedang bermesyuarat dengan Pegawai IPGM.
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA IPG LESTARI
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
Tarikh : 12 Julai 2012 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat A, Pusat Sumber KTHO
Kehadiran
1. En. Tokiap bin
Tokimin -
Setiausaha
2. En. Zulkefli
bin Daud - Urusetia
3. Cik
Rohana Bt. Jantan (Setiausaha Akademik) - Wakil Kurikulum
4. En. Muhammad
Hazlin Bin Othman -
Wakil Staf Sokongan
5. En. Azlan Bin
Lin - Wakil Jabatan IP
6. Cik Lee Lin Tee - Wakil Jabatan Bahasa
7. En.
Ibrahim Bin Yusof - Wakil
Jabatan Pengajian Melayu
8. Pn.
Norzeha Bt. Osman - Wakil Jabatan KH
9. Tn. Hj. Ahmad
Bin Arif -
Wakil Jabatan Sains & Matematik
10. Tn. Hj. Mohd
Amin Bin Simon - Wakil Jabatan TP
11. En.
Ramachandran a/l Vengrasalam - Wakil Jabatan PIPK
12. Mohamad Faiz bin Damanhuri (YDP JPP) - Wakil
Pelajar
13. Muhamad Sharizan bin Abd Razak - Wakil Pelajar
Tidak Hadir Bersebab
1. Pn Zaleha Bte
Onn (Pengarah)
2. En Koh Kok
Hwee (Tim Pengarah)
3. En. Mohd Yusof
Bin Abdullah (KUKP) -
Wakil Pengurusan
4. Pn. Rosmah bt. Hj. Ramli (Peg.
Eksekutif Kanan) - Wakil Persekitaran
5. Cik
Junaidah Bt. Le`at -
Wakil Jabatan KS
6. Ustaz Khairul
Anwar Bin Abu Bakar - Wakil
Jabatan Agama & Pend. Moral
Bil
|
Perkara
|
Catatan/ Tindakan
|
1
|
Ucapan
Pengerusi
1. Pengerusi
mengucapkan terima kasih kepada yang hadir.
2. Pengerusi
menyampaikan salam Pengarah dan Timb. Pengarah supaya
mesyuarat dapat diteruskan. Pengarah,
Timbalan Pengarah, KUKP dan
Pn. Rosman ada perbincangan dengan
Pegawai IPGM.
|
|
2
|
Pengesahan Minit mesyuarat
En. Azlan Bin
Lin mencadangkan minit diterima-sahkan dan disokong oleh Hj Amin Bin Simon
|
|
3
|
Perkara Berbangkit
Tiada perkara
berbangkit
|
|
4
|
Merancang Aktiviti/Program
Pelan tindakan
pelaksanaan aktiviti IPG Lestari Kampus Tun Hussein Onn 2012 disertakan
seperti dalam lampiran. Pengerusi juga menarik perhatian ahli mesyuarat
berkenaan aktiviti lestari di institusi/jabatan lain seperti Juara Debat Alam
Sekitar oleh UTHM dan penganjuran Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Johor
seperti dilampirkan.
Aktiviti-aktiviti
IPG Lestari peringkat KTHO yang akan dilaksanakan bermula Julai ini adalah
seperti berikut;
1.Pemetaan/merentas/pautan
kurikulum
Melengkapkan jadual pemetaan dan hantar
kepada penyelaras IPG Lestari
yang meliputi semua subjek, kemudian melaksanakan
gabungjalin 9 tema
merentas kurikulum. (contoh pemetaan
kurikulum dilampiran).
2.Penjimatan
air
Pelajar DPLI akan melaksanakan tugasan
kajian tema IPG Lestari termasuk
air dengan menentukan bilangan tandas di
kampus. Tindakan awal
penjimatan adalah dengan memasukkan
sebotol penuh air 500 ml ke
dalam setiap tangki flush.
3.Penghijauan
pokok
Kempen 1 warga 1 pokok akan dilaksanakan
dengan bantuan Jabatan KH
yang akan mengenalpasti jenis, saiz dan
bilangan pokok mengikut zon-zon
penanaman yang akan ditentukan kemudian.
4. Pertandingan
seperti kuiz, debat, poster dan video pendek akan dilaksana-
kan didalam program Karnival Lestari
KTHO seperti cadangan
En. Shukri (JPP) dengan kerjasama JPP.
5. Kempen
berbasikal
Kayuhan sihat sebagai amalan lestari akan
dianjurkan bersama dengan
pelajar DPLI melalui kursus Pendidikan
Alam Sekitar (ASK2202W)
6. Papan
kenyataan
Penyebaran maklumat pendidikan alam
sekitar akan bertambah lancar
jika ada papan kenyataan bersaiz 4 X 8
kaki dan akan ditempatkan di Balsis
7.
Sepanduk/bunting – sedang diusahakan oleh JPP.
8. Buletin akan
diusahakan sekurang-kurangnya 2x
sesemester.
Semua lapan
aktiviti yang dirancang telah dipersetujui untuk dilaksanakan.
|
|
5
|
Hal-hal Lain
Cik Junaidah
Liet mencadangkan supaya AJK Lestari diberikan kursus khusus tentang alam
sekitar
Dua orang
pelajar, Mohammad Faiz dan Muhammad Shukri telah dijemput untuk mengikuti bengkel alam
sekitar anjuran NGO (Sahabat Alam Malaysia) di Minyak Beku, Batu Pahat pada
hari Sabtu 14 Julai 2012
|
-
|
6
|
Penutup
Pengerusi mengucapkan
terima kasih dan menangguhkan mesyuarat jam 4.00 petang.
|
|
Disediakan oleh,
Zulkafli bin Daud
Urusetia
IPG Lestari KTHO
Subscribe to:
Posts (Atom)