Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Saturday, 24 March 2012

Earth Hour

Program ini dilaksanakan pada hari Sabtu terakhir setiap bulan Mac pada jam 8.30 - 9.30 malam.
Marilah sama-sama kita tutup lampu, tutup kipas, tutup penghawa dingin pada masa berkenaan sebagai tanda sokongan kepada program ini pada
Sabtu 31 Mac 2012. 

Monday, 19 March 2012

Keahlian KELAB LESTARI KTHO

Pihak  IPG Lestari KTHO bercadang untuk menubuhkan Kelab Lestari KTHO dengan tujuan mendidik dan menanamkan kesedaran serta melatih kemahiran sebagai para sukarelawan yang peka dan prihatin kepada keadaan persekitaran dan berminat menyumbang idea, tenaga, rmnya demi usaha memelihara dan memulihara alam untuk generasi akan datang.

Dipelawa kepada para pelajar yang berminat, sila hubungi pihak urusetia IPG Lestari KTHO secepat mungkin, tempat terhad. Salam sukarela.

Mesyuarat JK IPG Lestari KTHO

Mesyuarat  memutuskan bahawa Majlis Pelancaran IPG Lestari diperingkat  KTHO akan diadakan pada Isnin 16 April bermula jam 8.00 pagi di Dewan Seri Budiman melibatkan semua warga KTHO  dan pihak kontraktor swasta (kantin, kafe, koperasi, keselamatan, dan pembersihan). 
Semoga pelancaran ini berjalan dengan lancar dan sempurna.


"KESINAMBUNGAN  YANG  HARMONIS".

Sunday, 18 March 2012

Kitar semula

Pihak IPG Lestari ingin mengucapkan terima kasih kepada warga iptho yang telah menyumbang barangan untuk dikitar semula yang telah dimasukkan ke dalam 3 tong kitar semula yang ditempatkan di laluan ke kantin berdekatan Blok Efektif (Bangunan LDP)

Tong-tong tersebut telah dikemaskan dan barangan diasingkan mengikut kategori kertas, kaca, tin dan plastik oleh pelajar KDC pra-KEMAS ambilan Mei 2009 (seramai 23 orang pelajar) pada hari Rabu 14 Mac 2012 yang lalu. Terima kasih kepada para pelajar pra-KEMAS.








Friday, 9 March 2012

Mante Ku

Anda adalah
pendidik terbilang,
pemimpin masa depan,
pewaris negara pusaka,


BIG berusaha memelihara puncak Gunung Arong, Mersing


Puncak Gunung Arong telah dipenuhi dengan pelbagai plastik yang ditinggalkan oleh peserta BIG terdahulu, perilaku ini perlu diubah agar keindahan dan hubungan pengunjung akan terus kekal harmonis, kesedaran bermula dari diri sendiri dan ...

Fungsi Jawatankuasa IPG Lestari


1. Merancang pelan tindakan program IPG lestari.
2. Menyebar luas maklumat berkaitanprogram IPG lestari kepada semua warga IPG.
3. Mewujudkan sistem penyelarasan yang mantap.
4. Menjalankan Audit Hijau sekurangkurangnya sekali setahun.
5. Melibatkan semua warga IPG terutama pelajar dalam proses membuat keputusan dan pelaksanaan program.
6. Menjalankan penyelidikan berkaitan kelestarian secara berterusan.
7. Memantapkan saluran komunikasi dan jaringan kerjasama antara warga IPG dan pihak luar (badan kerajaan, NGO, badan korporat dan komuniti tempatan)
8. Melaksanakan penambahbaikan terhadap program berdasarkan pemantauan dan penilaian setiap tahun.

Prinsip-prinsip IPG Lestari


1. Bersyukur
•Menerima kurniaan Yang Maha Pencipta dengan penuh keikhlasan.

2. Bertanggungjawab
•Setiap individu bertanggungjawab menjaga alam sekitar daripada sebarang bentuk pencemaran atau kerosakn.

3. Bekerjasama
•Manusia bekerjasama mentadbir dan mengurus alam sekitar untuk kesejahteraan hidup.


4. Bersederhana
•Sumber-sumber alam sekitar perlulah digunakan secara berhemah.

5. Menghormati Alam Sekitar
•Semua benda berhak mendiami alam sekitar secara harmonis.

6. Meminimumkan Kerosakan
•Sebarang pembangunan yang melibatkan alam sekitar perlu mengambil kira aspek pemeliharaan dan
pemuliharaan.


7. Mengiktiraf Hak Generasi Akan Datang
•Alam sekitar perlu dipelihara untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

8. Mengalami dan Menghayati Alam Sekitar
•Amalan penjagaan alam sekitar bermula daripada diri sendiri.

9. Mementingkan Kelestarian Alam Sekitar
•Sesuatu tindakan perlu mengambil kira keutuhan ekologi dan kelangsungan hidup biodiversiti.


10. Menyedari Ekonomi Bukan Segalagalanya
•Segala benda hidup mempunyai nilai tersendiri selain daripada nilai ekonomi.

11. Menyedari Etika Melebihi Undangundang
•Bertindak dengan mengutamakan keadaan tanpa bersandarkan undangundang semata-mata.

12. Mengamalkan Gaya Hidup Seimbang
•Kesejahteraan hidup dicapai melalui pembangunan lestari




Thursday, 8 March 2012

Objektif

1. Memupuk kesedaran yang tinggi terhadap usaha melestarikan alam;
2. Membina warga yang mengamalkan gaya kepimpinan lestari;
3. Mengamalkan budaya hijau sebagai gaya hidup warga IPG;
4. Menggunakan sumber secara optimum, kreatif, dan berhemah;
5. Menggerakkan strategi P&P yang memupuk budaya lestari;
6. Mengintegrasikan prinsip kelestarian dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum;
7. Mengaplikasikan prinsip kelestarian melalui kurikulum pendidikan guru, dan
8. Menyelesaikan masalah pengurusan melalui pendekatan kelestarian.

VISI

IPG Pemangkin Masyarakat Lestari

MISI

Mengamalkan budaya hijau dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan persekitaran demi mewujudkan kelestarian alam