Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Tuesday, 11 December 2012

Bahan Paparan

Pihak IPG Lestari KTHO mengalu-alukan sumbangan idea dan design/rekebentuk daripada tuan/puan sebagi sebahagian daripada bahan yang akan kami cetak dalam bentuk

1. Pamplet/brosure/flyies
2. Bunting/sepanduk gantung tiang 2kakix5kaki
3. Sepanduk untuk berkempen

Temanya adalah merujuk kepada 9 tema IPG Lestari iaitu
1. Sampah/sisa
2. Air
3. Tenaga
4. Biodiversiti
5. Persekitaran kampus
6. Mobiliti/pengangkutan
7. gaya hidup lestari
8. Perubahan cuaca/pemanasan global
9. LA21
hantarkan cadangan tuan/puan kepada  tokiap@iptho.edu.my, terima kasih.

Wednesday, 17 October 2012

Kemaskini Papan Kenyataan

Terima kasih para pelajar DPLI PSV & BC1 yang telah membantu saya mengemaskini kembali bahan-bahan paparan dipapan kenyataan IPG Lestari di ruang legar Balai Ilmu pada minggu ini. Semoga bahan paparan tersebut memberi maklumat berguna untuk kita berubah daripada amalan kurang lestari kepada tingkahlaku yang mesra alam dan mensyukuri anugerah Tuhan.



bergambar selepas menyiapkan tugas mengemaskini

Sunday, 14 October 2012

Rangkaian / Links

Adalah dimaklumkan bahawa ruangan "pages" disebelah kanan atas blogspot ini terdapat web-web yang telah dirangkaikan untuk memberi kemudahan kepada anda bagi mendapatkan maklumat lanjut yang sangat berkait-rapat dengan program ini.

Pihak kami sangat menggalakkan anda melayarinya dengan semudah KLIK pada tajuk sahaja. Selamat melayari dan mendapat munafaat bersama.

contohnya, cuba yang ini dulu...
www.switch.org.my

Peruntukan Program IPG Lestari IPGKTHO

Pihak Jawatankuasa IPG Lestari merakamkan berbanyak terima kasih kepada Puan Pengarah kerana telah memutuskan dan memaklumkan bahawa IPG Lestari akan diberi peruntukan sendiri, berasingan daripada peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Sains & Matematik yang menjadi urusetia kepada program ini.

Pemakluman ini telah disampaikan sendiri oleh Puan Pengarah kepada para Pensyarah Akademik semasa sesi Taklimat  Draf Prosedur Perolehan dan Kewangan bagi Perancangan tahun 2013 di Balai Ilmu pada pagi Isnin 15 Oktober 2012. Terima kasih Puan Pengarah, semoga dengan peruntukan ini akan dapat merancakkan lagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti IPG Lestari di kampus ini.

Perkhemahan Unit Beruniform DPLI

Sekali lagi seramai 97 orang pelajar DPLI ambilan Disember 2011 telah dibimbing dan dipantau agar dapat mengamalkan nilai-nilai murni Pendidikan Alam Sekitar yang selari dengan prinsip IPG Lestari semasa mereka menjalani program perkhemahan unit beruniform  Pengakap, KRS dan PBSMM bertempat di Pantai Pasir Lanun, Penyabung, Mersing pada 9-12 Oktober 2012.  Terima kasih kepada semua pensyarah penasihat yang sama-sama memahami dan menjayakan pelaksanaan matlamat IPG Lestari . Semoga amalan murni peserta akan dibawa kesekolah dan disebar-luaskan kepada anak murid.



                                                          apalah istimewanya buah ini ?


Seminar Alam Sekitar & Pameran DPLI

Seramai 97 orang pelajar DPLI ambilan Disember 2011 yang  mengikuti kursus Pendidikan Alam Sekitar ASK2202W telah berjaya membentangkan hasil mini kajian mereka yang berdasarkan 9 tema dalam IPG Lestari diperingkat kampus. Pembentangan telah dilangsungkan selama 3 hari pada 2-4 Okt. 2012 dan diakhiri dengan sesi pameran yang dibuka kepada seluruh warga IPGK.

Berbanyak terima kasih kepada Puan Pengarah kerana telah turut serta menghadiri pameran dan telah memberikan kata-kata semangat kepada kumpulan DPLI dan pihak pengajur bersama IPG Lestari dan Unit Pendidikan Alam Sekitar, Jabatan Sains Dan Matematik IPTHO. Semoga sokongan dan kesungguhan pihak pentadbir menjamin tercapainya matlamat IPG Lestari di kampus ini.Terima kasih juga kepada para pensyarah, staf dan pelajar yang sama-sama menjayakan program ini.





Persidangan Kebangsaan Pembangunan & Pendidikan Kebangsaan

Pada 27 & 28 Okt. 2012 yang baru lalu 2 orang pensyarah IPGKTHO telah menghadiri persidangan di atas yang dianjurkan oleh IPG Kampus Tuanku Bainun Bukit Mertajam Pulau Pinang. Banyak kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar-pakar dari IPGK dan  IPTA serta terdapat pameran. Terima kasih kepada pihak penganjur, banyak maklumat telah dikongsikan bersama.



                                                Wakil reaktor melawat pameran.

Thursday, 20 September 2012

Panduan Jimatkan Tenaga

Panduan Jimatkan Tenaga
(klik pada Publication)

1. Panduan untuk Murid Sekolah Rendah
2. Panduan untuk Pelajar Sekolah Menengah
3. Panduan untuk Pengguna

Papantanda IPG Lestari

Terima kasih kepada JPP yang telah mengusahakan logo usang digantikan dengan logo baru berwajahkan IPG Lestari ditepi jalan masuk sebelah kiri sebelum persimpangan bangunan pentadbiran dan 3 papan tanda kecil. Ini melambangkan para pelajar melalui JPP telah dapat menghayati konsep lestari yang sedang diamalkan dikampus IPG. Semoga usaha murni dapat menjadi pemangkin kepada warga kampus.






Thursday, 13 September 2012

National River Forum

Pada 6 September 2012 bertempat di Dewan Seri Siantan Perbadanan Puterajaya telah berlangsung Forum Sungai Kebangsaan bagi julung kalinya di Malaysia.  Terdapat 6 pembentangan kertas kerja daripada luar negara, berkaitan perkongsian hasil projek bagaimana pembersihan dan pengindahan kawasan lembangan sungai telah berjaya menjadikan sungai terpilih pulih semula untuk kehidupan akuatik dan menjadi kawasan tarikan pelancung.Di antara sungai yang dimaksudkan ialah
                        i. Sungai Mekong di Vietnam
                       ii. Sungai Thames di UK
                       iii. Sungai Kallang di Singapora
                       iv. Sungai Tsurumi, Sumida dan Murasaki di Jepun
                       v. Sungai Way di Malaysia
                       vi. The South East Queensland Catchment di Australia

Selain daripada 6 pembentang di atas, disebelah petangnya telah diadakan forum yang dimoderatekan oleh Pengerusi GEC (Global Environmental Centre), dan ahli-ahli panelnya terdiri daripada Pengarah Institut LESTARI UKM, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia dan seorang Pembentang dari Australia. Forum ditamatkan pada jam 5.15 petang.




Seminar LA21


Pada 3 September 2012 bertempat di Balai Ilmu, para pensyarah dan staf sokongan IPGKTHO telah diberi input berkenaan LA21 - konsep dan pelaksanaannya oleh Puan Saidatul Malaliza binti Saidali, Pegawai Hubungan Koperat Majlis Perbandaran Batu Pahat. LA21 merupakan salah satu tema dalam program IPG Lestari yang sedang dilaksanakan disemua IPG seluruh negara. Semoga input ini akan memberi menafaat bersama.




Wednesday, 8 August 2012

Teknologi Hijau

Telah dikenalpasti salah satu cara menangani masalah alam sekitar adalah dengan membangunkan teknologi mesra alam atau teknologi hijau. Konsep teknologi hijau kini telah digunakan dengan meluas dalam banyak sektor industri pembuatan, termasuklah pengeluaran kereta hibrid diantara elektrik (bateri) dan petrol.
Para pengguna baru digalakkan beralih kepada kereta hibrid dengan beberapa insentif menarik.
Salah seorang pensyarah IPG KTHO telah menyahut seruan beralih kepada kereta hibrid jenama PRIUS Toyota dalam usaha menyokong industri teknologi hijau,  

Monday, 6 August 2012

Aktivis Alam Sekitar (ASAK)

Pada 14 Julai 2012 yang lalu , 2 orang pelajar IPG KTHO telah menghadiri Bengkel Asas Aktivis Alam sekitar 2012 anjuran Sahabat Alam Malaysia (SAM) bertempat di Tanjung Labuh/Minyak Beku Batu Pahat. Mereka telah didedahkan kepada pelbagai pengetahuan dan kemahiran bagi membina kesedaran dan semoga menjadi pencetus Masyarakat Lestari khususnya bermula daripada golongan remaja, insyallah...




Saturday, 4 August 2012

Kursus Pendidikan Biodiversiti

Seramai 21 orang pelajar PISMP Sains Semester 4 dan 9 pelajar Matematik dan TESL telah mengikuti kursus 3 hari 2 malam tersebut pada 6-8 Julai 2012 di Pusat Pendidikan Biodiversiti , Jemaluang, Mersing.
Mereka telah diiringi oleh 3 orang pensyarah  Unit Sains & Pendidikan Alam Sekitar.


Diantara antiviti yang mereka ikuti termasuklah kembara tengah malam, pemerhatian burung & ungas, jelajah mengenali flora/pokok-pokok hutan, menjejaki haiwan melalui tabiat/tingalannya, orentaring dalam hutan mengikut 10 sstesyen, jejak sibuta menghayati alam dan ceramah mengenai fungi dan tanggungjawab jabatan Perhilitan, pemuliharaan burung kuang, projek pemindahan gajah oleh gajah denak dan pemeliharaan kawasan hutan di Malaysia. 






Mesyuarat AJK IPG Lestari Bil 2/2012

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 12 Julai 2012 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Pusat Sumber A dan telah dipengerusikan oleh Setiausaha JK IPG Lestari KTHO kerana Pengarah ,Timbalan Pengarah, KUKP dan PE sedang bermesyuarat dengan Pegawai IPGM.


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA IPG LESTARI
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT

Tarikh              : 12 Julai 2012 (Khamis)
Masa                : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat A, Pusat Sumber  KTHO

Kehadiran
1. En. Tokiap bin Tokimin                                             - Setiausaha
2. En. Zulkefli bin Daud                                                - Urusetia
3. Cik Rohana  Bt. Jantan (Setiausaha Akademik)         - Wakil Kurikulum
4. En. Muhammad Hazlin  Bin  Othman             - Wakil Staf Sokongan
5. En. Azlan Bin Lin                                                      - Wakil Jabatan IP
6. Cik  Lee Lin Tee                                                      - Wakil Jabatan Bahasa
7. En. Ibrahim  Bin  Yusof                                             - Wakil Jabatan Pengajian Melayu
8. Pn. Norzeha  Bt. Osman                                           - Wakil Jabatan KH
9. Tn. Hj. Ahmad Bin Arif                                             - Wakil Jabatan Sains & Matematik
10. Tn. Hj. Mohd Amin  Bin Simon                               - Wakil Jabatan TP
11. En. Ramachandran  a/l Vengrasalam                        - Wakil Jabatan PIPK
12.  Mohamad Faiz bin Damanhuri (YDP JPP) -  Wakil Pelajar
13.  Muhamad Sharizan bin Abd Razak                        - Wakil Pelajar

Tidak Hadir Bersebab
1. Pn Zaleha Bte Onn (Pengarah)
2. En Koh Kok Hwee (Tim Pengarah)
3. En. Mohd Yusof Bin Abdullah (KUKP)                    - Wakil Pengurusan
4. Pn. Rosmah bt. Hj. Ramli  (Peg. Eksekutif Kanan)    - Wakil Persekitaran
5. Cik Junaidah  Bt. Le`at                                             - Wakil Jabatan KS
6. Ustaz Khairul Anwar Bin Abu Bakar             - Wakil Jabatan Agama & Pend. Moral

Bil
Perkara
Catatan/ Tindakan
1
 Ucapan Pengerusi
1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada yang hadir.
2. Pengerusi menyampaikan salam Pengarah dan Timb. Pengarah supaya 
    mesyuarat dapat diteruskan. Pengarah, Timbalan Pengarah, KUKP dan   
    Pn. Rosman ada perbincangan dengan Pegawai IPGM.


2
Pengesahan Minit mesyuarat
En. Azlan Bin Lin mencadangkan minit diterima-sahkan dan disokong oleh Hj Amin Bin Simon


3
Perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit


4
Merancang Aktiviti/Program
Pelan tindakan pelaksanaan aktiviti IPG Lestari Kampus Tun Hussein Onn 2012 disertakan seperti dalam lampiran. Pengerusi juga menarik perhatian ahli mesyuarat berkenaan aktiviti lestari di institusi/jabatan lain seperti Juara Debat Alam Sekitar oleh UTHM dan penganjuran Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Johor seperti dilampirkan.

Aktiviti-aktiviti IPG Lestari peringkat KTHO yang akan dilaksanakan bermula Julai ini adalah seperti berikut;

1.Pemetaan/merentas/pautan kurikulum
   Melengkapkan jadual pemetaan dan hantar kepada penyelaras IPG Lestari    
    yang meliputi semua subjek, kemudian melaksanakan gabungjalin 9 tema
    merentas kurikulum. (contoh pemetaan kurikulum dilampiran).

2.Penjimatan air
   Pelajar DPLI akan melaksanakan tugasan kajian tema IPG Lestari termasuk
    air dengan menentukan bilangan tandas di kampus. Tindakan awal 
    penjimatan adalah dengan memasukkan sebotol penuh air 500 ml ke
   dalam setiap tangki flush.

3.Penghijauan pokok
   Kempen 1 warga 1 pokok akan dilaksanakan dengan bantuan Jabatan KH
    yang akan mengenalpasti jenis, saiz dan bilangan pokok mengikut zon-zon
    penanaman yang akan ditentukan kemudian.

4. Pertandingan seperti kuiz, debat, poster dan video pendek akan dilaksana-
     kan didalam program Karnival Lestari KTHO seperti cadangan
     En. Shukri (JPP) dengan kerjasama JPP.

5. Kempen berbasikal
    Kayuhan sihat sebagai amalan lestari akan dianjurkan bersama dengan
    pelajar DPLI melalui kursus Pendidikan Alam Sekitar (ASK2202W)

6. Papan kenyataan
    Penyebaran maklumat pendidikan alam sekitar akan bertambah lancar
    jika ada papan kenyataan bersaiz 4 X 8 kaki dan akan ditempatkan di Balsis

7. Sepanduk/bunting – sedang diusahakan oleh JPP.

8. Buletin akan diusahakan sekurang-kurangnya  2x sesemester.

Semua lapan aktiviti yang dirancang telah dipersetujui untuk dilaksanakan. 


5
Hal-hal Lain
Cik Junaidah Liet mencadangkan supaya AJK Lestari diberikan kursus khusus tentang alam sekitar

Dua orang pelajar, Mohammad Faiz dan Muhammad Shukri  telah dijemput untuk mengikuti bengkel alam sekitar anjuran NGO (Sahabat Alam Malaysia) di Minyak Beku, Batu Pahat pada hari Sabtu 14 Julai 2012

-
6
Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan menangguhkan mesyuarat jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,                                                                                  
Zulkafli bin Daud
Urusetia
IPG Lestari KTHO

Sunday, 24 June 2012

Pokok Nangka Madu

Hari ini kita akan tanam 2 pohon pokok nangka madu berhampiran Blok Dinamik.
Pokok nangka daunnya banyak dan saiz sederhana besar, bila musim kering banyaklah daunnya berguguran, daripada satu aspek orang kata menyusahkan, daun mesti kerap dikemaskan kalau tidak masuk longkang, longkang sumbat ... daun kering bertaburan ke halaman jiran... jiran jeling marah ? namun begitu semasa hayatnya daun-daun itu telah berkhidmat menyerap gas karbon dioksida dan pada masa yang sama telah membekalkan gas oksigen untuk kita bernafas segar saban hari ... begitulah nasib sehelai daun ... jangan lupa daun mati tadi boleh menyumbang kembali kepada kompos... inilah yang dikatakan kitaran hayat... maka jadilah kita sebagai manusia semasa hidup dan setelah mati kelak ...

Wednesday, 20 June 2012

Pemuliharaan Paya Bakau

Sekumpulan peserta PPG KTHO telah terlibat di dalam program tersebut di Tanjung Piai, Pontian, Johor.


Monday, 18 June 2012

Lawatan ke Beijing


Pada cuti sekolah awal Jun 2012, dua orang pensyarah IPGKTHO telah membuat lawatan sambil belajar ke Negara Cina bagi menimba pengalaman di negeri orang. Mereka berkesempatan mengambil gambar sepohon pokok yang dikekalkan walaupun ianya tumbuh ditengah-tengah jalan. Ini bermakna pihak perbandaran sanggup mengekalkan pokok tersebut bagi mewujudkan keseimbangan dan keharmonian alam sekitar dengan penghuninya. Ini adalah satu contoh yang baik untuk diikuti, ok.



Perkhemahan Unit Beruniform KDC PC & Pra

Pada 8-10 Jun 2012 bertempat di Pantai Penyabung Endau Mersing seramai 106 orang guru pelatih KDPM-KDC  BC & Pra-sekolah telah mengikuti perkhemahan tersebut yang terdiri daripada unit PBSMM, KRS, Pengakap dan Pandu Puteri.

Selain daripada  menyampaian ilmu dan mengukuhan kemahiran unit beruniform masing-masing, mereka didedahkan kepada konsep IPG Lestari yang antara lain menekankan kepada menghargai, mengayangi dan berusaha memelihara alan sekitar. Semoga guru-guru ini menjadi pencetus masyarakat lestari diluar nanti.


Kursus Pendidikan Alam Sekitar DPLI 2012

Berikut sukatannya,

Pendidikan Alam Sekitar (Wajib)


Bil

Tajuk

Kandungan

Jam

1

Pengenalan Pendidikan Alam Sekitar


1.1.     Sejarah Perkembangan Pendidikan Alam Sekitar
·  Stockholm (1972)
·  Tbilisi (1977)
·  The Belgrade Charter (1975)
·  Laporan Kabinet Kerajaan Malaysia (1979)
·  Deklarasi Montreal (1987)
·  Deklarasi Langkawi (1989)
·  Malta (1991)
·  Agenda 21, Earth Summit Rio de Jenario (1992)
·  Pengisytiharan Dekad ESD (2005-2014) oleh PBB



2

2

Pengenalan Kepada Komponen Alam Sekitar


2.1   Komponen alam sekitar
·             Alam sekitar semula jadi
·             Alam sekitar buatan
·             Alam sekitar sosiobudaya

2.2    Ekologi
·  Konsep ekologi
·  Ekosistem
o                        Definisi ekosistem biotik dan abiotik
o                        Jenis-jenis ekosistem
o                        Konsep nic dan habitat
o                        Keseimbangan ekosistem
o                        Pemindahan tenaga dalam rantai makanan dan siratan makanan
o                        Kitar semula jadi seperti kitar nutrien, kitar karbon dan kitar hidrologi

2.3    Biodiversiti
·  Konsep biodiversiti
·  Elemen biodiversiti (flora dan fauna)
·  Kepentingan biodiversiti



2

3

Isu Alam Sekitar

3.1    Jenis Isu Alam Sekitar
·          Pertambahan penduduk
·          Pelupusan spesis flora dan fauna
·          Penebangan hutan
·          Penghapusan paya
·          Peningkatan gurun
·          Hakisan tanah
·          Pencemaran air, udara,bunyi dan darat
·          Penipisan ozon
·          Pemanasan bumi
·          Kekurangan bekalan sumber api,galian dan air
·          Pemendapan asid di permukaan bumi

3.2    Punca Isu  Alam Sekitar
·          Pertambahan penduduk
·          Penggunaan teknologi
·          Bencana alam
·          Politik dan peperangan
·          Budaya dan etika
·          Penguatkuasaan undang-undang

3.3    Impak Isu  Alam Sekitar
·          Kepupusan flora dan fauna
·          Kualiti hidup menurun
·          Degradasi alam dan sumber
Pengaruh negatif politik dan hubungan antarabangsa


6

4

Menangani isu alam sekitar di Malaysia

4.1      Perundangan Dan  Penguatkuasaan
·  Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
·  Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
·  Akta Perhutanan Negara 1984
·  Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972
·  Akta Perancangan Bandar dan Desa

4.2      Bukan Perundangan 
·  Dasar Alam Sekitar Negara 2002
·  Polisi Alam Sekitar Malaysia
·  Konvensyen antarabangsa ;
o          Deklarasi Langkawi 1989 
o          Agenda 21 (Persidangan Bumi) 1992
o          Kuala Lumpur Accord 1990 (Asean)

4.3    Pengurusan Risiko Bencana                    
·             Strategi Antarabangsa Bagi Mengurangkan Risiko  Bencana (Hyogo Framework For Action)
·             Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara (Arahan MKN No. 20)
·             Bencana Dan Risiko
·             Pengurangan Risiko Bencana (DRR)
o          Pelan Tindakan
o          Latihan Kecemasan Semasa Bencana
o          Kempen Kesedaran Keselamatan Dan Risiko Bencana
Koordinasi dengan agensi-agensi kecemasan seperti Bomba, Rakan Cop, MERCY


3

5

Pembangunan Lestari


5.1    Definisi dan Konsep Pembangunan lestari

5.2      Prinsip alam sekitar lestari dan pembangunan lestari
·  Agenda 21, Chapter 36 Rio de Janeiro (1992)
·  Deklarasi Langkawi (1989) 

5.3      Tujuan dan kepentingan pembangunan lestari
·  Kesejahteraan kehidupan yang berterusan
·  Peningkatan kualiti hidup manusia

5.4      Komponen dalam pembangunan lestari  
·  Masyarakat – kesaksamaan jantina (gender equality), kepelbagaian budaya (cultural diversity), kesihatan seimbang (health promotion), hak asasi manusia dan keadilan sosial, keamanan dan keselamatan manusia (peace and human security)
·  Persekitaran – pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar (air, perubahan iklim, biodiversiti), pencegahan bencana (disaster preventation)
·  Ekonomi – pembangunan bandar baru yang terancang, pembandaran lestari (sustainable urbanization), pembangunan luar bandar (rural development)
·  Budaya – amalan gaya hidup, kepenggunaan lestari (sustainable consumption)

5.5      Peranan dan tanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
·  Organisasi Kerajaan ;
·  Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) ;
·  Organisasi Korporat ;
·  Penglibatan Individu dan Komuniti ;



4

6

Warga Alam Sekitar

6.1    Konsep dan ciri-ciri warga alam sekitar
6.2    Gaya Hidup Lestari
·             Pengetahuan, Kesedaran, Sikap dan Amalan Gaya Hidup Lestari di tempat tinggal, tempat awam dan tempat kerja
·             Penggunaan teknologi hibrid dan solar yang bijak

6.3      Pelaksanaan aktiviti gaya hidup lestari
·  Kempen cinta alam sekitar / Hari Bumi
·  Konsep 5R (Recycle, Reuse, Repair, Reduce, Rethink)
·  Gotong royong membersihkan kawasan institut, kampung, sungai dan pantai
·  Penglibatan / keahlian persatuan / berdasarkan alam sekitar (Persatuan Alam Sekitar/ Rakan Alam Sekitar)
·  Kolaborasi bersama agensi kerajaan, NGO dan komuniti



3

7

Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum

7.1      Matlamat dan objektif Pendidikan Alam Sekitar di sekolah

7.2    Konsep Pendekatan Sekolah Secara  Menyeluruh (Whole School Approach)

7.3      Pendekatan Pendidikan Alam Sekitar
·             Tentang Alam Sekitar (education about environment)
·             Dalam Alam Sekitar (education in or through environment)
·             Untuk Alam Sekitar (education for environment)
7.4   16 Nilai murni alam sekitar
·                            Prinsip rendah diri
·                            Prinsip kerjasama
·                            Prinsip menghormati alam/ bumi
·                            Prinsip kehidupan seimbang
·                            Prinsip mementingkan kemapanan ekosistem
·                            Prinsip mengekalkan hidupan liar dan keperbagaian hidup
·                            Prinsip kerosakan minima
·                            Prinsip kesederhanaan
·                            Prinsip mencintai persekitaran
·                            Prinsip perubahan berterusan
·                            Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanya
·                            Prinsip mengiktiraf hak mereka yang belum lahir
·                            Prinsip tanggungjawab setiap individu
·                            Prinsip etika melebihi hukum
·                            Prinsip mengalami dan menghayati sendiri adalah paling baik
·                            Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem

7.5      Strategi Pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar melalui
·                Pengajaran dan pembelajaran ;
·                Aktiviti kokurikulum
·  Sumber pengajaran dan pembelajaran :
·  Program Penghijauan



6

8

Institusi Lestari


8.1     Konsep dan Tujuan Institut Lestari

8.2     Strategi Pelaksanaan Institut Lestari

8.3     Audit hijau
·  Merancang tempat audit hijau di mana-mana institusi pendidikan;
·  Memilih kriteria dan skop pengauditan
·  Melaksanakan audit hijau
·  Analisis data dan pelaporan

8.6     Tindakan susulan

8.7     Refleksi



4



Jumlah


30