Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Wednesday 17 October 2012

Kemaskini Papan Kenyataan

Terima kasih para pelajar DPLI PSV & BC1 yang telah membantu saya mengemaskini kembali bahan-bahan paparan dipapan kenyataan IPG Lestari di ruang legar Balai Ilmu pada minggu ini. Semoga bahan paparan tersebut memberi maklumat berguna untuk kita berubah daripada amalan kurang lestari kepada tingkahlaku yang mesra alam dan mensyukuri anugerah Tuhan.



bergambar selepas menyiapkan tugas mengemaskini

Sunday 14 October 2012

Rangkaian / Links

Adalah dimaklumkan bahawa ruangan "pages" disebelah kanan atas blogspot ini terdapat web-web yang telah dirangkaikan untuk memberi kemudahan kepada anda bagi mendapatkan maklumat lanjut yang sangat berkait-rapat dengan program ini.

Pihak kami sangat menggalakkan anda melayarinya dengan semudah KLIK pada tajuk sahaja. Selamat melayari dan mendapat munafaat bersama.

contohnya, cuba yang ini dulu...
www.switch.org.my

Peruntukan Program IPG Lestari IPGKTHO

Pihak Jawatankuasa IPG Lestari merakamkan berbanyak terima kasih kepada Puan Pengarah kerana telah memutuskan dan memaklumkan bahawa IPG Lestari akan diberi peruntukan sendiri, berasingan daripada peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Sains & Matematik yang menjadi urusetia kepada program ini.

Pemakluman ini telah disampaikan sendiri oleh Puan Pengarah kepada para Pensyarah Akademik semasa sesi Taklimat  Draf Prosedur Perolehan dan Kewangan bagi Perancangan tahun 2013 di Balai Ilmu pada pagi Isnin 15 Oktober 2012. Terima kasih Puan Pengarah, semoga dengan peruntukan ini akan dapat merancakkan lagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti IPG Lestari di kampus ini.

Perkhemahan Unit Beruniform DPLI

Sekali lagi seramai 97 orang pelajar DPLI ambilan Disember 2011 telah dibimbing dan dipantau agar dapat mengamalkan nilai-nilai murni Pendidikan Alam Sekitar yang selari dengan prinsip IPG Lestari semasa mereka menjalani program perkhemahan unit beruniform  Pengakap, KRS dan PBSMM bertempat di Pantai Pasir Lanun, Penyabung, Mersing pada 9-12 Oktober 2012.  Terima kasih kepada semua pensyarah penasihat yang sama-sama memahami dan menjayakan pelaksanaan matlamat IPG Lestari . Semoga amalan murni peserta akan dibawa kesekolah dan disebar-luaskan kepada anak murid.



                                                          apalah istimewanya buah ini ?


Seminar Alam Sekitar & Pameran DPLI

Seramai 97 orang pelajar DPLI ambilan Disember 2011 yang  mengikuti kursus Pendidikan Alam Sekitar ASK2202W telah berjaya membentangkan hasil mini kajian mereka yang berdasarkan 9 tema dalam IPG Lestari diperingkat kampus. Pembentangan telah dilangsungkan selama 3 hari pada 2-4 Okt. 2012 dan diakhiri dengan sesi pameran yang dibuka kepada seluruh warga IPGK.

Berbanyak terima kasih kepada Puan Pengarah kerana telah turut serta menghadiri pameran dan telah memberikan kata-kata semangat kepada kumpulan DPLI dan pihak pengajur bersama IPG Lestari dan Unit Pendidikan Alam Sekitar, Jabatan Sains Dan Matematik IPTHO. Semoga sokongan dan kesungguhan pihak pentadbir menjamin tercapainya matlamat IPG Lestari di kampus ini.Terima kasih juga kepada para pensyarah, staf dan pelajar yang sama-sama menjayakan program ini.





Persidangan Kebangsaan Pembangunan & Pendidikan Kebangsaan

Pada 27 & 28 Okt. 2012 yang baru lalu 2 orang pensyarah IPGKTHO telah menghadiri persidangan di atas yang dianjurkan oleh IPG Kampus Tuanku Bainun Bukit Mertajam Pulau Pinang. Banyak kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar-pakar dari IPGK dan  IPTA serta terdapat pameran. Terima kasih kepada pihak penganjur, banyak maklumat telah dikongsikan bersama.



                                                Wakil reaktor melawat pameran.