Featured post

Musuh Bawah Tanah

Musuh ini mudah menceroboh dan merobohkan sebuah bangunan, waspadalah

Sunday 22 April 2012

Pelancaran IPG Lestari Peringkat Kebangsaan

Pengarah, Timbalan Pengaran bersama 3 orang pensyarah dan pelajar turut hadir dalam pelancaran tersebut
yang diadakan di IPG KTI JB pada 22 April 2012 yang baru lalu.



Intipati Ucapan Pengarah


INTIPATI  UCAPAN  PENGARAH

Program IPG Lestari merupakan usaha sama antara IPGM dengan World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia untuk meningkatkan pengetahuan, menanam kesedaran dan mengamalkan gaya hidup lestari untuk semua warga IPG.

Visi  program ini iaitu IPG Pemangkin Masyarakat Lestari akan dapat dicapai dengan cara membudayakan empat tunjang utama  iaitu  pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan persekitaran dengan amalan-amalan lestari.

Terdapat 9 tema yang dijadikan fokus tindakan dan penyelidikan iaitu

1.      Sampah/ Sisa
2.      Air
3.      Tenaga
4.      Persekitaran Kampus
5.      Alam Semulajadi/Biodiverisiti
6.      Pengangkutan/ Mobiliti Lestari
7.      Gaya Hidup Sihat
8.      Local Agenda 21
9.      Perubahan Cuaca

Rangka tindakan pelestarian kampus adalah melibatkan kesemua warga kerana alam ini adalah milik bersama. Sekiranya sekitaran kampus bersih, menarik, ceria , selamat dan harmonis maka penghuninya juga akan turut merasakan nikmatnya dan begitulah sebaliknya jika persekitaran kotor, busuk, tidak ceria, tidak selamat maka yang mula merasakan kesannya adalah penghuni terdekat.

Selaras dengan itu pelancaran IPG Lestari ini adalah bertujuan

i.                    memaklumkan bahawa seluruh warga kampus terlibat dan bertanggungjawab untuk mejayakan program IPG Lestari ini.

ii.                  mengajak warga kampus beralih kepada amalan gaya hidup lestari yang mengutamakan penggunaan sumber secara berhemah.

iii.                memberi pendedahan awal dan menanamkan kesedaran selaras dengan visi program ini iaitu IPG Pemangkin Masyarakat Lestari

iv.                 Berkongsi pengetahuan berkaitan kerangka konsep IPG Lestari.


Diantara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah termasuk kampus tanpa polisterin/styrofoam, kampus bebas sampah/sisa (zero waste),  penggunaan motosikal dihadkan sebaliknya digalakkan berjalan kaki, penggunaan kertas dikedua-dua muka surat, penggunaan sumber secara berhemah, sistem tadahan air hujan, banyakkan menanam pokok, mengelakkan menebang pokok kecuali perlu dan banyak lagi,  kerana program ini adalah bersifat berterusan yang akhirnya diharapkan akan menjadi amalan gaya hidup hijau dengan tujuan menggurangkan kadar pelepasan sebatian karbón ke udara.

Kepada pihak kantin, cafetería dan syarikat pembersihan kita berharap dapat memberi kerjasama dan menyokong usaha-usaha menjayakan program ini

Keberkesanan tindakan-tindakan di atas boleh dijadikan sebagai bahan kajian. Kajian tersebut boleh dilaksanakan oleh pelajar atau pensyarah samada secara individu atau berkumpulan atau gabungan pelajar-pensyarah. Gabungan kesemua tindakan dan penyelidikan di atas akan dilaporkan pada setiap penghujung tahun kepada IPGM. Kolektif keseluruhan komitmen kampus perguruan merupakan sumbangan besar warga pendidik ke arah memelihara dan memulihara alam selaras dengan Dasar Hijau Negara.

Semoga visi menjadikan IPG Pemangkin Masyarakat Lestari benar-benar menjadi kenyataan dimana pengalaman dan kesedaran guru pelatih semasa dikampus dapat dikembangkan apabila memulakan kariea disekolah kelak.

Sekian terima kasih.

Thursday 19 April 2012

Pelancaran IPG Lestari KTHO

Berbanyak terima kasih kepada Puan Pengarah, KJ/KU, para pensyarah, staf sokongan dan seluruh pelajar yang sama-sama menjayakan majlis pelancaran  di atas.



Terima kasih kepada seluruh  Ahli Jawatankuasa IPG Lestari KTHO di atas kesempurnaan majlis tersebut. 

Terima kasih kepada barisan AJK JPP dan pelajar PPISMP Semester 2 RBT yang telah membuat persiapan rapi dan menjayakan sketsa yang membanggakan.

Thursday 12 April 2012

Ikrar Alam Sekitar


Bahawa kami rakyat Malaysia
Berikrar

Akan sentiasa berusaha
Dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab
Untuk mengekalkan dan meningkatkan
Kualiti alam sekitar
Dengan memperseimbangkan
Pembangunan Negara
Dan melindungkan alam sekeliling kita

Berdasarkan konsep
Pembangunan berterusan
Selaras dengan Deklarasi Langkawi
Semoga negara
Sentiasa bersih, indah
Disayangi serta dihormati

Persiapan Majlis Pelancaran

1. Penyambut Tetamu  & Buku program
2. P.A. sistem  & CD lagu Negara-Ku & Lagu Bangsa Johor
3. Juruacara & Rostrum VIP
4. Backdrop & sepanduk
5. Pemimpin bacaan doa
6. LCD & monitor tetamu
7. Laptop & tayangan video/montaj
8. Persembahan sketsa alam sekitar
9. Teks Ucapan Pengarah
10. Bacaan Ikrar Alam Sekitar & senikata
11. Tanam Pokok & plak papan tanda
12. Hiasan bunga & kerusi-meja VIP, tetamu & peserta
13. Surat tetamu & pemakluman e-mail
14. Jurufoto & sesi bergambar untuk dokumentasi & pelaporan
15. Temubual & sidang media
16. Juruvideo untuk tayangan semula
17. Hebahan dalam laman web & blogspot.com
18. Jamuan

Wednesday 11 April 2012

ETP: Hala Tuju Untuk Malaysia Bab.6


Bab 6: Menjanakan ekonomi Malaysia dengan Minyak, Gas dan Tenaga

“Minyak, gas dan tenaga kini adalah pendorong utama untuk ekonomi yang moden. Di bawah
pentadbiran PETRONAS, industri minyak dan gas tempatan telah memainkan peranan
yang penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, setelah berdekad
pengeluaran minyak dan gas, sumber dalam negara akan berkurangan. Untuk bersiap sedia
menghadapi keadaan ini, kita akan memperkukuhkan aktiviti bernilai yang lain dalam rantaian
nilai minyak dan gas dan memastikan bahawa kami mempunyai platform tenaga yang mampan.
Untuk tujuan ini, Kerajaan akan membangunkan Malaysia untuk menjadi peneraju perkhidmatan
minyak dan gas di Asia, membangunkan peranan Malaysia sebagai pusat penyimpanan, logistik
dan perdagangan. Kami juga akan mengimpot LNG untuk memenuhi permintaan gas dan menarik
minat industri berasaskan gas yang baharu. Pada masa yang sama, untuk menjana masa depan
kami, kami akan memastikan bahawa Malaysia akan membangunkan tenaga yang efisyen,
dipelbagaikan dan mampan.”
YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

Ekonomi hijau bukan lagi satu khayalan. Hari ini, Kerajaan Malaysia mengambil langkah tegas
untuk memastikan masa hadapan tenaga kita adalah hijau, mampan dan pelbagai di mana
Malaysia dapat menggunakan tenaga dengan cara yang paling berkesan. Dengan memastikan
keberkesanan teknologi dalam kehidupan seharian kita (yang dijangka membawa kepada
penjimatan sebanyak RM14 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar pada tahun 2020), di samping
meneroka punca tenaga alternatif baru seperti nuklear, solar dan kuasa hidroelektrik, kita boleh
bekerja bersama-sama untuk memelihara persekitaran dan mencergaskan ekonomi Malaysia ke
arah negara maju menjelang tahun 2020”
YB Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

ETP:Hala Tuju Malaysia


Bab 1: Dasar Model Ekonomi Baru

MENJADI SEBUAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI YANG INKLUSIF DAN MAMPAN
Matlamat Kerajaan adalah untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang
inklusif dan mampan menjelang 2020. Semua matlamat ini akan dicapai bersama. Kerajaan tidak akan
memajukan satu matlamat jangka pendek yang akan melewatkan kemajuan matlamat yang lain. ETP ini
direka untuk memacu Malaysia kehadapan daripada situasi ekonomi yang lembap kini kepada ekonomi
berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan .

Pertumbuhan Mampan
Langkah yang dilaksanakan untuk mencapai status berpendapatan tinggi perlu mampan dari segi ekonomi
dan alam sekitar serta memenuhi kehendak semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa hadapan.
Pertumbuhan ekonomi negara perlu dicapai tanpa menjejaskan sumber semula jadi Malaysia. Negara tidak akan mencapai status berpendapatan tinggi sekiranya pendapatannya hanya diperolehi daripada hasil
sumber semula jadi.
Selain itu, dasar fiskal Malaysia akan dijadikan mampan serta berfokus kepada pelaburan yang dipacu oleh
sektor swasta supaya tidak terlalu bergantung kepada pembiayaan Kerajaan. Seperti yang dinyatakan dalam
Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskalnya daripada
7 peratus pada 2009 kepada 3 peratus pada 2015.

Dari aspek alam sekitar, Kerajaan komited terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Kerajaan akan memastikan bahawa sumber alam sekitar dinilai sewajarnya dan kos penuh pembangunan difahami sebelum keputusan pelaburan dilaksanakan.

Monday 9 April 2012

Tinjauan Awal

Soal-selidik sebagai tinjauan awal berkaitan program IPG Lestari telah diedarkan kepada staf sokongan dan para pensyarah semasa Perhimpinan Bulanan Staf kali ke 4/2012. Terima kasih kepada semua yang telah memberi respon dan memulangkan kepada urusetia, Insyallah hasil analisisnya akan kita kongsikan bersama dalam masa terdekat ini. Tk.

Pelancaran 16 April 2012

Agenda Majlis Pelancaran,
7.45 pagi   - pelajar mengambil tempat dalam Dewan Seri Budiman
                 - ketibaan Puan Pengarah diiringi Timbalan Pengarah dan KJ/KU
                 - lagu Negara-Ku  & lagu IPGM
                 - bacaan doa
                 - tayangan video / montaj
                 - persembahan sketsa
                 - Ucapan Pelancaran oleh Puan Pengarah
                 - ikrar Alam Sekitar
                 - lagu Bangsa Johor
                 - gimik tanam pokok diluar dewan
                 - bersurai

Tuesday 3 April 2012

Konsep Lestari

Berikut bahan perlu dibaca bersama, ( daripada Wikipedia)


Sustainability is the capacity to endure. For humans, sustainability is the long-term maintenance of well being, which has environmental, economic, and social dimensions, and encompasses the concept ofstewardship, the responsible management of resource use. In ecology, sustainability describes how biological systems remain diverse and productive over time, a necessary precondition for human well-being. Long-lived and healthy wetlands and forests are examples of sustainable biological systems.
Healthy ecosystems and environments provide vital goods and services to humans and other organisms. There are two major ways of managing human impact on ecosystem services. One approach is environmental management; this approach is based largely on information gained from earth science, environmental science, and conservation biology. Another approach is management of consumption of resources, which is based largely on information gained fromeconomics.
Human sustainability interfaces with economics through the social and ecological consequences of economic activity. Moving towards sustainability is also a social challenge that entails, among other factors, international and national law, urban planningand transport, local and individual lifestyles and ethical consumerism. Ways of living more sustainably can take many forms from reorganising living conditions (e.g., ecovillages, eco-municipalities and sustainable cities), to reappraising work practices (e.g., using permaculture, green building, sustainable agriculture), or developing new technologies that reduce the consumption of resources.